Assalamualaikum...
DIAM tak diam sudah hampir empat minggu cuti sekolah berlalu, kan. Tengok di laman sosial, ramai kawan-kawan yang mengambil kesempatan untuk membawa anak melancong, balik kampung dan ada juga yang mengerjakan ibadah umrah. Sk sendiri baru-baru ini bercuti ke Pulau Mutiara. Iman tulah, sibuk sangat mengajak Encik Rizar bercuti ke pulau. Haaa.. Pulau Pinang pulak yang dibawa babahnya, hahhaha.. Sabar ajelah.
Bagi warga Johor yang tidak bercadang untuk berjalan jauh hujung minggu ini, apa kata anda ke Fiesta Nanas 60 yang akan berlangsung di Pusat Perdagangan Bandar Pontian pada 14 - 17 Disember 2017 yang akan datang.
Fiesta ini diadakan bersempena dengan sambutan ke 60 pertubuhan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia.
Bersesuaian dengan kedudukan geografi daerah Pontian sebagai antara pengeluar nanas terbesar maka Pontian dipilih sebagai lokasi sambutan tersebut.
Pelbagai aktiviti dapat diikuti sepanjang fiesta berlangsung seperti jualan produk berasaskan nanas, dekorasi buah, demonstrasi masakan, pertandingan mewarna dan memancing serta cabutan bertuah.
Kemuncak acara adalah Malam 'Rhythm Of Pineapple yang turut mengundang artis terkenal tanahair seperti Datuk Ramli Sarif, Farahdhiya dan Yabang Khalifah.
Semua dijemput hadir ya.
Wassalam.
Wah...menarik juga event ni.. Ada artis lak tu.. Msti rmai pergi
ReplyDeleteSedapnya nanas..
ReplyDeleteAkak suka nanas dari Johor ni..
Sedap manis..