MAKAN BERIANI UDANG GALAH DI BAPAK BERIANI

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

Assalamualaikum...

SK, Encik Rizar dan Iman boleh dikatakan peminat Nasi Beriani tegar. Ini mungkin pengaruh dari keluarga sebelah Sk sendiri yang semuanya memang suka sangat makan nasi beriani.  Selain nasi beriani di rumah pengantin,  kami akan memburu mana-mana tempat atau restoran yang dikatakan mempunyai nasi beriani yang sedap. 

Beberapa minggu lepas,  anak saudara Sk berkongsi tentang kesedapan nasi beriani di Restoran Bapak Beriani yang terletak di Pagoh,  Muar. Tergoda punya pasal,  Sk mengajak ER singgah ke Pagoh semasa perjalanan balik dari KL hari tu tapi sayangnya masa tiba di Pagoh perut masih kenyang sebab makan nasi di mana tah di N9, hehehe. Jadi,  Sabtu lepas,  selepas menikmati kuey teow sup daging dan Banh Chiao yang sedap di Kedai Makan Kemboja tu,  kami terus ke Pagoh.

Tak sukar menjejaki Bapak Beriani yang berkonsepkan restoran terbuka ini kerana ianya hanya bersebelahan dengan Dewan Badminton Kogap dan berdekatan dengan Masjid Jamek Pagoh.  Cari sahaja jalan lama yang menghubungkan Pagoh ke Parit Sulung,  anda akan nampak dewan di sebelah kanan dan Bapak Beriani disebelahnya.

Haaaa..  Tulah dia yang memanggil-manggil Sk untuk datang ke sini. 
Sepanjang menunggu hidangan disajikan memang sabar ajelah dengan bau udang galah yang kuat menyapa. 
Beriani Udang Galah merupakan hidangan istimewa yang boleh anda dapati di sini. 
Bapak Kaw punya sedaplah masakan beriani udang galahnya..  Muahaha. 

Sebenarnya inilah pertama kali Sk menikmati masakan beriani udang galah. 
Di tekak Sk,  masakan udang galahnya agak sempurna dengan rasa rempah dan udang galah yang meresap kuah beriani yang lemak berkrim.  Pehhh..  Tak boleh lupa sampai sekarang.  Sayangnya masakan nasinya adalah biasa-biasa sahaja.  Mungkin Sk perlu singgah di Yong Peng dulu untuk tapau Nasi Arab di Restoran Kari Kambing 40 hari,  kah kah kah. 

Apapun perjalanan ini tetap berbaloi bagi Sk. 
Wassalam. 

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Pakcik kalau cari baryani mesti pekena kambing.
    Yang udang galah ni belum pernah cuba try test rasa lagi.

    ReplyDelete
  2. Sesuai namanya... bapak beso udang galah tu! nyum nyum!

    ReplyDelete
  3. Permohonan ke luar negara online kpm - ini peluang anda untuk belajar di oversea.
    Doktor Veterinar malaysia peluang kerjaya lumayan sebagai Doktor haiwan
    Senarai Program asasi untuk jurusan sains yang ditawarkan oleh ipta.
    Here is the 5 top reasons to take A-level in malaysia

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!