RESIPI KENTANG GORENG TELUR VIRAL

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

Assalamualaikum...

SEMALAM petang nampak Mashitah Mas (rakan fb & blogger)  post gambar Kentang Goreng Telur Viral ni,  terus laju-laju masuk dapur.  Kebetulan ada kentang empat lima biji,  terus kita kupas semua dengan tamaknya.
Lepas tu kita ngadap sorang-sorang sebab rupanya di saat komen-komen semua kata anak-anak suka giler dengan lauk ni,  anak dan suami kita macam tak berminat aje,  hahahaha. 
Mungkin sebab ada lauk lain kot,  huhuhu. 

Bagi Sk, lauk macam ni simple dan kita tak perlu lauk lain pun.  Asalkan ada sambal belacan,  memang laju sajalah menyuap,  silap-silap sepinggan nasi tak cukup,  kah kah kah.

Resipi Kentang Goreng Telur Viral

Beberapa biji kentang,  
kupas kulit dan potong baji 
Goreng dalam minyak panas hingga garing.

Kurangkan minyak menggoreng tadi. 
Tumiskan bawang merah yang dimayang
Tumiskan cili api atau lada yang dipotong
Pecahkan telur dan goreng hancur
Akhir sekali masukkan kentang. 
Tambahkan garam secukup rasa. 
Taburkan lada hitam..  Siappp!! 

Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!