Assalamualaikum...
HANCUR lebur betul plan diet bila asyik makan.. makan dan makan di hujung tahun ini. Ini bulan terakhir untuk enjoy sebab sedikit hari lagi Iman akan kembali ke sekolah. Tahun ini pastinya menjadi tahun untuk bekerja keras kerana peperiksaan besar bakal menanti di hujung tahun. Kami bukan orang ada-ada yang menjanjikan warisan harta berjuta kepada Iman. Apa yang dapat dibekalkan hanyalah sebuah kehidupan yang baik dengan memberikan ruang dan peluang untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi, insyaAllah.
Kisah minggu lepas, dah habis idea nak makan di mana. Mood memasak Sk memang menjunam sungguh sekarang. Jangan kata nak masak, nak cuci pinggan pun malas, hahaha. Nasib baik sekarang tugas mencuci pinggan semua dah diambil Iman. Bahkan susun atur pinggan mangkuk pun Sk dah serah pada Iman. Tengah cuti sekolah ni bolehlah, nanti dah naik sekolah sibuk dengan kerja sekolahnya pulak, huhu.
Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih