Assalamualaikum...
Kali ini Sk nak bawa anda makan-makan di Drop Off Industri Cafe yang terletak di Jalan Kempas Baru, Kempas.
Tak sukar nak ke sini kerana ia terletak di jalan utama Kempas berhampiran lebuhraya utama yang menghubungkan Kempas dan Pasir Gudang.
Apa yang menarik tentang Drop Off Industry Cafe ini ialah bangunannya yang berkonsepkan kabin. Sk tak pasti kenapa banyak cafe yang menggunakan konsep sebegini. Adakah kerana kos atau mengikut trend semata. Bak kata kawan Sk, hipster gitu, hahaha.
Ramai yang memilih untuk duduk di bahagian atas tapi orang tua macam kitorang ni duduk bawah ajelah kan.. Sebenarnya Encik Rizar la yang malas nak naik tangga, Sk okey aje, hihi.
Buka saja buku menu dah teruja dengan hidangan yang disajikan di cafe ini tambahan pula perut memang tengah betul-betul lapar berkeriuk-keriuk bunyinya, hahaha.
Sk yang dah jarang ambil minuman manis dan berkafein tetiba teringin pulak nak kopi corak-corak, hahhaa. Tak best pun sebab biasanya kopi macam ni dah agak suam bila diminum. Harapkan rupanya ajelah cantik, hehe.
Takpelah, sesekali layan tekak orang ado-ado.. Kununnnn
Pilihan Iman, Ragu Aala Bolognese.
Hidangan spaghetti bersama sos bolognese bersama taburan Permisan Cheese.
Portion agak besar dan untuk Iman ia agak banyak juga jadi kalau anda tak kuat makan anda boleh memilih untuk berkongsi hidangan ini dengan orang yang tak kuat makan juga, hehehe.
Sos bolognesenya agak istimewa dan dimasak dengan begitu teliti.
Sk memilih hidangan fussion
Pasta Lemak Cili Api Daging Salai.
Spaghetti yang dicurahkan sos berciri masakan tradisional nogori iaitu masak lemak cili api.
Santannya agak pekat dan terasa aslinya tapi daging salai yang dihidangkan bersama terlalu tebal. Sk menjalani saat yang sukar untuk menikmati daging salai dalam limpahan masak lemak tu kerana daging yang agak liat untuk dihiris. Apapun Sk sukakan kuahnya, memang best.
ER pula dengan makanan yang sering menjadi pilihannya, Sirloin Steak.
Daging lembu yang dipanggang dengan rempah ratus tersendiri yang sangat enak.
Hidangan sampingannya kentang putar dan coleslow yang agak istimewa bahannya.
Kami mencuba juga durian goreng.
Sk agak terkejut bila tengok rupa aiskrim tu kenapa tak menggunakan kaedah yang betul menggunakan skop aiskrim.
Hilang mood sekejap nasib baik duriannya begitu terasa bukan tebal batternya saja.
Mentekedarah betul malam tu siap order Super Supreme Pizza. Iman kata dah lama tak makan pizza, iolah tu.. Makanlahhh.
Pizza sedap sangat, Alhamdulillah.
Tengah makan-makan baru teringat lupa nak order Pisang Cheese.
Okey, lain kali kita datang lagi makan Pisang Cheese, okey
😁😁😁
Menarik cafe ni.. Cantik
ReplyDelete