Assalamualaikum...
YEY! akhirnya Rabu lepas dapat juga menonton filem Pulang setelah kecewa kerana tiada panggung wayang berdekatan rumah Sk menayangkan filem ini. Kebetulan lagi Iman belum pulang dari lawatan ke UPM dan bila dah balik pulak, Sk yang melayari website TGV Cinema terkejut beruk melihat harga tiket.
Lap peluh terus.. Hahaha.
Lepas tu teringat hari rabu tiket murah sikit jadi kita tunggu rabu, barulah dapat tengok.
Ramai yang beri komen positif selepas menonton Pulang jadi agak-agak kalau Sk beri review yang agak negatif kena kecam tak?
Huwa.. Huwa... Huwaaaa.
Pulang.. Mengisahkan tentang seorang anak laut bernama Othman berlatarbelakangkan tahun 1939 di sebuah perkampungan nelayan di Pantai Serkam.
Othman jatuh cinta dengan Che Thom yang baru berhijrah ke Serkam kerana menjaga nenek saudaranya.
Apabila neneknya Che Puteh meninggal dunia, Che Thom yang sepatutnya pulang ke kampung halaman tidak jadi berbuat demikian apabila dilamar Othman. Mereka berkahwin namun apabila Jepun menawan Tanah Melayu, mereka terpisah apabila Othman dipaksa mengikut tentera Jepun.
Othman akhirnya berjaya lari dari cengkaman Jepun bersama sahabat berbangsa cina yang baru dikenali bernama Lum dan berjaya pulang ke pangkuan Che Thom yang telah selamat melahirkan anak mereka yang dinamakan Omar.
Namun, sekali lagi Othman hilang.
Kali ini hilang di laut dalam ribut taufan.
Dan Che Thom tekad turun ke laut untuk membawa Othman pulang.
Cerita ini sarat dengan sayu dan cemas.
Cemas apabila Othman lari dari Jepun dan terhumban ke dalam timbunan mayat.
Sayu apabila melihat Othman berlayar dari satu destinasi ke satu destinasi demi untuk melihat si isteri berhias emas walau sekeping.
Teknik CGI dalam cerita ini boleh dibanggakan. Sinematografinya memukau.
Duit tiket yang dilaburkan tidak sia-sia.
Sudut kameranya mengagumkan terutama babak-babak di dalam kapal.
Filem ini bermula dengan agak mendatar dengan kemunculan wanita tua yang terdampar tidak berdaya di pembaringan.
Wanita tua itulah namanya Che Thom yang sudah terlalu uzur namun tetap setia bertahan demi menantikan kepulangan suaminya Othman. Filem ini 'straight to the point', siapapun yang pertama kali tengok tanpa membaca novelnya pun dah tahu bahawa Othman tidak Pulang ke pangkuan Che Thom.
Tapi.. Ke mana Othman?
Dan mengapa dia tidak PULANG?
Itulah yang menjadi persoalannya.
Che Thom ditemani cucunya yang agak kayu lakonannya di mata Sk. Ya, Erwin Dawson... Lakonannya tidak pernah menyenangkan mata dan sampai di hati Sk. Tak ada aura dan tiada nilai komersial.
Lakonan Puteri Aisyah juga belum boleh dibanggakan dan tidak membuat Sk berasa kagum.
Remy Ishak dengan wajah seriusnya tidak menghampakan.
Karektornya dari seorang anak laut sehingga menjadi kelasi pencen berjaya dihidupkan dengan sempurna.
Cuma perbualan yang digunakan dengan latar sebelum merdeka agak janggal kedengaran. Macam perbualan orang sekarang dan tak kedengaran langsung lahabau, hawau, ulau melingkau atas pagau menjadikan filem ini sedikit kosong.
Dan seperti biasa, dalam novel lebih jelas penceritaannya walaupun ianya adalah adaptasi dari filem ini menjadikan Sk sedikit berasa kecewa.
Sk bagi 4 bintang.
Ada kita baca tu Kak, katanya tak best langsung. Tak seperti yang dia gambarkan..betul ke? Bagi saya setiap orang ada penilaiannya kann.
ReplyDeleteSaya pula kalau cerita melayu macam ni, jarang layan kat panggung heheheh..melainkan cerita melayu hantu hahahaha
wah macam best je ni. saya belum tengok lagi tapi nak tengok. saya memang minat cerita sejarah macamni
ReplyDeleteyolah kan peminat setia pakcik am ni.
ReplyDeletebaca sinopsis dah terbayang best ni filem ni.terasa nak tengok jugak.
Janji Kita
kawan saya da tengok, dia cakap tak payah tengok kat panggung, tunggu aje keluar kat TV katanya...haa gituu penilaian dia...
ReplyDelete