Assalamualaikum...
"MALAM ni mesti bonda tak masak, kan?"
Memang begitulah selalunya setiap kali Encik Rizar tak balik untuk makan malam atau out station. Masa nilah nak mengular memasak, hahahah. Macamlah anak tu tak ada tekak ngan perut nak makan kan.
Jadi, untuk membuktikan bahawa bonda bukan kaki mengular memasak setiap kali babah tak ada, maka Sk gagahkan diri memasak malam tadi. Heiii, bukan lauk senang-senang campak baling siap tau. Ni ikan panggang kuali, ikan nak kena garam kunyit dulu dan digoreng, sebab tulah namanya panggang kuali... Gituuu.
Untuk masak ikan panggang kuali ni sebaiknya guna ikan yg bahagian isi.
Resepi Ikan Panggang Kuali
Apa-apa jenis ikan pun boleh..
Ikan digaram kunyit dan digoreng sehingga masak.
Kuahnya :
Serai diketuk
Halia hiris
Bawang merah kisar
Cili kisar
Asam keping
Santan sederhana pekat.
Daun limau purut
Garam
Sedikit minyak gorengan ikan untuk menumis
Tumis halia, serai sekejap
Masukkan bawang merah dan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
Masukkan asam keping dan daun limau purut. Kacau sebati.
Masukkan santan dan garam secukup rasa.
Garam jangan banyak sebab ikan dah bergaram.
Masak hingga pekat.
Curahkan ke atas ikan yang digoreng tadi.
Siapppp!!
nampak sedap ni kak seri.ni kalau takde idea boleh masak ikan panggang kuali ni
ReplyDelete