AIR ASAM CENCALUK SOTONG

Seri Kandi Tanah Jauhar
10
Assalamualaikum...

INI bukan kali pertama Sk membeli cencaluk ketika berkunjung ke Melaka. Walaupun tak sentiasa membelinya setiap kali ke sini kerana yang pasti cuma setengah botol sahaja dimakan yang lainnya terbiar begitu sahaja,  hihihi. Entah kenapa kali ini cencaluk sotong ni nampak begitu memikat selera.  Faktor umur barangkali,  dah tua-tua ni suka pulak nak makan ikan masin,  budu dan terkini cencaluk 😝



Cencaluk tak berjenama.  Kalau biasanya kita jumpa cencaluk yang dibuat dati udang geragau,  yang ini dibuat dari sotong.  Lama dah wujud cencaluk sotong ni cuma sekarang baru tergerak hati nak beli.  Mungkin sebab tengok botolnya yang bersih berkilat memancor-mancor ke hati
💖💖💖


Tak perasan pulak berapa harga sebotol..  Orang kaya macam tulahkan,  main beli aje,  hahaha... Sebenarnya Pak Inche yang bayar tu yang tak tahu berapa harga.  Saja sesekali nak feeling orang have-have, tak berkira katanya 
😝


Memang tak menyesal la beli.  Serius sedap air asam cencaluk sotong ni. 
Yek elehhh... Baru tau ke Sk??
Nyesal tak tahu dari dulu
😜

Air Asam Cencaluk Sotong

Masukkan sedikit cencaluk sotong ke dalam mangkuk.
Hiriskan bawang merah besar,  cili padi dan perahkan limau atau lemon. 
Tambahkan gula secukup rasa. 
Sedia untuk dinikmati.





Tags

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau gi Melaka mesti cari cencaluk termasuklah cencaluk sotong ni.

    ReplyDelete
  2. Kekekeke baru tau ke, kita selalu beli kak heheheh tapi letak bawang banyak, ermm sedapnyaaa

    ReplyDelete
  3. hahahahaha oranggg kayaaa macamm tulerr kannn.. 🤣🤣🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  4. kecurrr liur kita menengoknya...tapi tak pernah suka cencalok udang geragau..tak tau la kalo cencalok sotong ni boleh masuk ke idok

    ReplyDelete
  5. eh..kita pun tak tau...selalu beli yang biasa je

    ReplyDelete
  6. kak seri.. kite org melaka tp tak pandai makan cencaluk ni.. pelik tak? haha

    ReplyDelete
  7. x penah makan cencaloook. sebab dalam fam pun macam xde yang makan..
    ada chance nak cuba boleh cuba ni. hihi..

    ReplyDelete
  8. Ya Allah, terliur betul tengok gambar last.

    ReplyDelete
  9. Terus hati SA terpaut..aduhai..bila la dapat pi Melaka lagi ni...kena beli jugak ni

    ReplyDelete
  10. permisi min numpang share ya :)
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat di f@ns*p0ker || add pin black.berry 55F97BD0
    segera dapatkan promonya dan menangkan uang jutaan rupiah hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo buruannn ditunggu apa lagi cepetan daftar ya ditunggu lo ^^

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!