JOM KE THE STRAITS KOPITIAM, ULU TIRAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
Assalamualaikum…


MENIKMATI potongan kuih talam sambil halwa telinga didendangkan dengan alunan muzik klasik Inggeris dan Melayu di The Straits Kopitiam, benar-benar mengundang nostalgia ketika Sk kecil-kecil dulu. Kopi susu dihirup perlahan diselangi dengan gigitan karipap yang rapuh berintikan kentang. Nyaman suasana tambahan hujan yang turun renyai sejak pagi seolah turut menggamit kenangan zaman masih anak-anak sambil membayangkan menonton tv hitam putih dua pintu. Apa tidaknya, dengan dekorasi ala zaman kolonial berlatarbelakangkan warna hitam putih, The Straits Kopitiam membawa kita kembali ke masa lalu seolah berada di tahun 1955. Ya.. memang masa tu Sk belum lahir lagi tapi apabila dibesarkan dengan filem hitam putih, suasananya tetap terasa lebih lagi bila melihat album gambar ibu abah dolu-dolu.. hahahah.


Kali ini, Sk ingin membawa anda ke The Straits Kopitiam yang terletak di bangunan 
Pasaraya NSK Cawangan Ulu Tiram. The Straits Kopitiam ini baru sahaja dibuka dan dimiliki oleh seorang wanita melayu yang berkarisma. Justeru itu tidak ada apa yang perlu diragukan tentang status kopitiam ini sebagaimana yang kita sedia maklum kebanyakan kopitiam dimiliki oleh peniaga cina. Nama kopitiam itu sendiri berasal dari perkataan cina yang bermaksud Kedai Kopi. Nah, sekarang dah ada kopitiam milik melayu yang tidak usah anda ragu-ragu.


Signature Dish di sini adalah makanan dari utara memandangkan kebanyakan kopitiam berasal dari utara seperti Mee Udang dan Assam Laksa. Walaubagaimanapun, The Straits Kopitiam menambah Laksa Johor sebagai simbolik kelahiran kopitiam ini di Johor. Ketiga-tiganya mempunyai keistimewaan yang tersendiri tapi Sk sangat sukakan Laksa Johornya dan terpesona melihat potongan timunnya yang bergulung sebagaimana potongan timun Laksa Johor yang original.


Dan.. orang kata kalua ke Johor haruslah makan Nasi Briyani kan.. sini pun ada nasi briyani tauuuu


Ais Kepal yang popular di utara kini telah dibawa ke selatan.
Sekepal tu RM2.80 sahaja.. haaaa.. jangan pulak nak banding dengan zaman 70, 80 an dulu ya, hehehe. Anda boleh pilih perisa sarsi (paling hot), blue coral, sirap ros, mango, strawberry, markissa atau epal hijau.
Sk tak ada kenangan dengan ais kepal ni tapi Pak Inche kata zaman dia sekolah dulu memang wajiblah beli ais kepal. Terbayang mesti berjejes baju sekolah Pak Inche dengan sirap ais kepal, hahaha.


Cuaca yang agak berbahang walaupun hujan petang itu disejukkan dengan semangkuk Cendol Kacang Merah. Dengan ais yang dikisar semulus salji, Sk diberitahu santan untuk cendol ini ditempah khas dan mee cendolnya adalah home made. Begitu juga dengan gula melakanya.. ohhh.. patutlah sedappppp!



Jom kembalikan nostalgia zaman silam di

The Straits Kopitiam
Pasaraya NSK Ulu Tiram
Lot No 16, KM20, Jalan Kota Tinggi, 81800 Ulu Tiram, Johor.









Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedapnya kopi pekat kaw-kaw dia kak seri ui..jom pergi lagi

    ReplyDelete
  2. Sukaaa sangat cendol dia! Sedappp gilerrr

    ReplyDelete
  3. memang sedaplah cendol kat sini..ajom ler repeat lagi nanti bulan pose

    ReplyDelete
  4. Dalam bebanyak, Sis tetap tertarik dengan kopiO dia hahahaha...lain-lain no2 hahahaa sedap power kaw!

    ReplyDelete
  5. Baru pergi tadi..dah tutup..buyer baru..nama Kopi Emas...he2. Asalnya nak try laksa Johor..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!