LAKSA BSH?
BSH tu apa?
BSH tuuuuu… Bantuan Sara Hidup… hehehehe
Ceritanya, ibu Sk baru-baru ini telah menerima Wang Bantuan Sara Hidup dan ibu sebelum ini memangnya penerima BR1M. Kebetulan adik Sk, Cikwa balik jadi kali ni ibu nak masak Laksa Johor yang ibu beli bahan-bahan guna duit BSH, gitulah ceritanya.
Jadilah ia, Laksa BSH.
Burpppp! Alhamdulillah. Seperti biasa air tangan ibu mana yang tak sedap, kan. Kali ini Sk bukan sahaja makan bertambah tapi siap mengulang.. hahaha. Dah makan di Senai, bungkus bawa balik untuk Pak Inche. Masa bungkus tu siap bajet untuk makan dua orang, hahaha. Sekali, sampai rumah nampak kereta Pak Inche tak ada, baru teringat yang Pak Inche gi bola.
Siap tunggu Pak Inche balik untuk join makan laksa, hehehe. Padahal biasanya dah tidur awal-awal, huwa huwa huwa.
Aduhai Laksa BSH.. dah terkenang balik la pulak.
Lama sungguh LZ tak makan laksa Johor..
ReplyDeleteBila nampak SY post laksa BSH ni telan ailio.. Mengancam!
Perghh nama menu Laksa baru laaaa...tapi nengok aje dah sedap kemainnn huhuhu....
ReplyDeletenampak menggoda walaupun CT x minat laksa..
ReplyDeletelagi2 buat sendiri kan mesti lagi puas makan =D
masya Allah kak seriii...sedap sangat nampak tuu!!
ReplyDeletehahahahhhaha... laksa bsh... pon bolehhh.. salam harapan johor!
ReplyDelete