SARAPAN LEMPENG KELAPA SEDAP DI PONDOK SANTAPAN LARKIN

Seri Kandi Tanah Jauhar
7
Assalamualaikum…

PAGI yang gelap, Sk dah sampai ke pejabat.
Tahu.. tentu akan lapar, Sk dah sedia bawa sedikit buah dan dua biji telur separuh masak.
Sebenarnya telur separuh masak tu Sk buat pada hari Sabtu tapi rasa macam malas nak makan, hehehe, jadi Sk simpan dalam peti sejuk. Jadi, pagi ni sampai di pejabat Sk rendam dengan air panas sekejap sebelum dipecahkan. Selesai sarapan sebelum jam 7.20 pagi. Awal giler kan.
Lepas tu melongo kemengantukan.. buka pc sekejap tapi belum ada mood nak mulakan kerja, huwa huwa huwa.

Bila Cik Pidah sampai, diajaknya makan lempeng di Pondok Santapan. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Sk terus bersetuju. Sebabnya minggu lepas Sk ke sini berdua dengan Iman, tetapi tutup pulak kedainya. Seingat Sk dah lebih setahun juga Sk tak makan ke sini lantaran susah untuk mendapatkan parking setiap kali datang. Jadi, bila dipelawa, tak dayalah hamba menolaknya.. kui kui.


Tu diaaa.. Lempeng Kelapa yang garing di tepi dan lembut di tengah. Sk ambil satu aje untuk lepas gian, hahaha. Lagipun lempengnya besar, ko nak besarkan apa lagi Sk makan lempeng banyak-banyak??? Hahahaha.

Oh ya, jika makan lempeng di sini, anda boleh pilih sama ada hendak makan dengan Sambal Tumis Kosong, Asam Pedas Ayam atau Kari Ayam. Kalau dah Johorean, manakan dapat dipisahkan dengan asam pedas, tak gitu???

Pondok Santapan dibuka setiap hari kecuali Jumaat.
Tempat sarapan yang femes dan happening bagi warga Larkin dan JB.
Selain lempeng terdapat juga roti arab, roti jala, kuih muih serta variasi sarapan pagi sehingga anda pastinya sukar untuk membuat pilihan. Pendek kata, kalau pilih satu hari satu menu, anda mungkin kena datang hari-hari selama sebulan, hahahaha.


Jalan Puyuh Larkin

Tutup - Jumaat





Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Belum ada rezeki nak makan di sini..tak apa ..one day ...

    ReplyDelete
  2. Mcm nak buat lempeng kelapa lah pulak,
    Menggoda SK ni tau..

    Skrg CH kurang mkn kat luar..
    Nak kena buat sendiri..
    Byk pantang mkn org sakit tiroid ni..
    Alhamdulillah Masih boleh mkn lagi 😍

    ReplyDelete
  3. menariknya lempeng dengan asam pedas...bila nak makan sini niii

    ReplyDelete
  4. Alahai sedapnya.
    Nanti nak singgahlah

    ReplyDelete
  5. sedapnya lempeng kelapa.Mak dulu rajin buat, tapi anak dia rajin curi bahagian tepi tu sebab rangup dan sedap

    ReplyDelete
  6. lahhh kita pun selalu breakfast kat kedai ni.. kita mmg suka lempeng kelapa dengan roti jala dia kak seri..

    ReplyDelete
  7. yang part garing2 tu sedap tu. crunchy hehe..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!