MASAK NASI LEMAK & TIPS GORENG IKAN BILIS

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 


SEBENARNYA banyak hal nak tulis, banyak perkara nak cerita, banyak benda nak diumpat, tapi tak apalah. Orang kata, kalau tak ada benda baik nak cakap, lebih baik diam. Kalau diluahkan pun, hanya di kalangan mereka yang rapat dan dipercayai. Cakap sini habis sini, hah.. gitu punya mengugut, hehehe.


Gara-gara tak puas hati makan nasi lemak dalam buffet breakfast hotel masa ke Penang baru-baru ni, malam tadi, Sk masak nasi lemak atas permintaan PI. SK dah agak dah masa dia cakap nak makan nasi lemak tu. SK tanya, nasi lemak masak ke beli? PI jawab, masak. Hah.. mesti tak puas hati la tu masa makan dekat hotel kelmarin. PI punya standard nasi lemak, cuma yang asas sahaja. Nasi lemak, sambal kosong, telur lenggang dan ikan bilis goreng. Tak ada timun dan kacang tanah, tak kisah.



SK guna beras basmathi Faiza. Kali ni letak halba lebih sikit. Di sebelah keluarga Sk dan keluarga mentua, resipi nasi lemak kami letak halba. Selain halba, Sk letak bawang merah dan halia. Daun pandan pulak tak ada stok tapi tetap wangi semerbak satu rumah bau nasi lemak menerawang di udara.



Guna santan M&S. Santan brand ni kegemaran ibu Sk. Dulu-dulu tak banyak jenama yang keluarkan santan kotak. M&S ni dutanya Chef Wan. Tak pasti la sekarang Chef Wan masih duta M&S lagi tak, malas nak buat carian, heheh.


Stok cili giling dah ada, sekejap aje la menyambal. Lepas masak nasi, terus panaskan kuali, letak minyak dan masukkan cili giling. SK masak sambal tak la berejam, bila dah terbit minyak tu, terus masukkan asam, garam dan gula. Belacan tak letak, nak kena beli belacan serbuk, tu sedap sikit letak dalam sambal. 



Api tungku dapur pulak tinggal sebelah boleh guna, sebelah lagi rosak, tersumbat agaknya. Jadi, kena masak satu-satu, lepas masak sambal, Sk goreng ikan bilis, akhir sekali, baru la melenggang telur. Guna telur tiga biji dapat lima keping. PI kalau makan telur lenggang ni dia suka sapu sambal rata-rata atas telur. Tu la Sk hidang jer sekeping-sekeping macam tu.



Ikan bilis mata biru Tanjung Dawai ni tak habis-habis lagi. Masa makan kat hotel Penang tuari, ikan bilisnya liat, PI asyik komplen aje, ikan bilis liat. SK cakap, mungkin dia salah cara. Dulu, bos Sk pernah cakap, ramai orang boleh masak, tapi tak semua orang pandai masak. Macam tu la goreng ikan bilis ni pun kena pandai jugak, baru tak liat, hehehe. Tengok macam Sk, Sk pandai goreng ikan bilis supaya tak liat. Ops, masuk bakul angkat sendiri pulak ko ya, Sk!

SK kongsi tips goreng ikan bilis ya. Lepas cuci, bilas dan tos ikan bilis. Panaskan minyak secukupnya sehingga betul-betul panas, gunakan api sederhana kecil, masukkan ikan bilis. Kacau sentiasa supaya garing sekata. Masa goreng ni, minyak akan berbuih, goreng sehingga hilang buih tu. Boleh ambil sekor ikan bilis, Cuba try test dah garing ke belum, sebelum angkat semua ikan bilis dalam kuali. 

Burppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!