Assalamualaikum...
SEJAK dah kembali tinggal berdua ni, aktiviti memasak tidak lagi meriah macam dulu. Elehhh.. Macamlah dulu meriah sangat ek, hahaha. Padahal tinggal berdua atau bertiga, lauk yang dimasak sama jer. Kari.. Sambal.. Asam pedas.. Kari.. Sambal.. Asam pedas.. Pusing-pusing itu jugak lauknya, hahaha.
Dah remaja purba ni makan tidak lagi seperti zaman muda. Kalau dulu boleh makan bertambah-tambah, sekarang nak habiskan sepinggan pun terpaksa aje. Nak masak nasi sikit, melekat di tepi periuk jer. Jadi penyelesaiannya, masak nasi dalam mug atau dalam cawan dengan teknik 'double boiler' atau kukus.
Sebenarnya Sk kerap jugak memasak dengan cara ni. Kalau Iman tinggal seorang di rumah pun Sk suruh dia masak guna mug aje. Bagusnya masak guna mug ni, kita boleh memasak mengikut kuantiti yang sedikit tanpa bimbang ia melekat di tepi periuk. Sk percaya, ramai juga pembaca blog Sk yang tahu tentang kaedah ni, kan. Tapi, hari tu masa Sk post gambar ni fb, ada juga yang belum tahu jadi Sk kongsikan di sini.
Masukkan beras ke dalam mug atau cawan besi. Pastikan mug yang digunakan tidak mudah pecah. Sukatan anda boleh cuba dengan kurang separuh cawan. Jangan letak banyak sangat nanti nasinya melimpah bila telah masak. Kemudian cuci beras macam biasa hingga bersih. Letakkan air, sukatannya seperti kita memasak nasi biasa.
Dalam inner pot rice cooker, masukkan air setengah periuk dan masukkan cawan yang mengandungi air dan beras tadi ke dalam inner pot seperti dalam gambar. Kemudian hidupkan periuk nasi seperti biasa. Jangan lupa ditutup periuknya.
Perlu diingat tempoh memasak nasi secara double boiler ni agak lama berbanding biasa. Kalau suis rice cooker telah auto off nasi biasanya belum cukup masak. Biarkan periuk terus memanas dan wap dalam periuk akan membantu nasi untuk masak. Atau jika anda tidak yakin, anda bolehlah tekan semula suis on. InsyaAllah, dalam tempoh 30 minit, beras akan bertukar kepada nasi.
Selamat mencuba 😘
Pernah cuba sekali, tapi habis nasi melimpah ruah hahahahaha..terus geram fedup...masak aje macam biasa senang hahahaha
ReplyDeleteNi mesti lebih dari separuh cawan letak beras 😂
DeleteMenarikkkkk...boleh la cuba nanti...org bujang selalu masalah masak nasi kadang x cukup kadang banyak plak kan...
ReplyDeleteHaaa.. Msk sikit tak cukup, msk byk terlebih, hihi
DeleteWahh, menarik! Thanks kongsi cara ni.
ReplyDeleteSelamat mencuba
Delete