MAKAN DI ROTI RENTUNG CAFE

Seri Kandi Tanah Jauhar
12
Assalamualaikum...

PADA mulanya nampak seorang rakan sekerja post tentang Roti Rentung ni di facebook. Kebetulan hari tu, khamis, saja cuba nasib tag Pak Inche di page Roti Rentung. Pucuk dicita ulam mendatang apabila malam tu jugak Pak Inche ajak ke sana, agaknya dia pun dah jemu asyik makan di rumah dan jika keluar pun makan di tempat yang samaaaaaaaaa jer, huhuhuhu.


Dah lama tak ke Kong Kong, rasanya kali terakhir ke sana pada POST INI, hahahaha.. berkurun dah rupanya dan tak sangka kini di Kong Kong bukan sahaja ada restoran terapung, restoran makanan laut malah dah ada port makan western yang tip top.  


Roti Rentung ni terletak di tepi sungai Kong-Kong. Ia terletak dalam kawasan medan selera yang menempatkan beberapa buah gerai. Kalau nak tahu apa menu yang menarik di Roti Rentung, sila baca sampai bawah, hehehe.


Suasana malam yang amat romantik. Bolehlah feeling-feeling makan di tepian pantai Jimbaran, Bali sambil memijak tanah berpasir, hahaha. Sayangnya cuaca malam tu panas tak berangin jadi tak rasa sangatlah feeling laut dan pantai tu, huhu.


Air Mata Kucing semangkuk untuk Pak Inche. Bukan kucing menangis tapi air buah longan, u know longan?? Longan tu mata kucing laaa kan, longan tu bahasa siam, maafkanlah kalau salah sebab itu pemahaman Sk sejak dulu. Jadi, ini adalah Air Buah Mata Kucing, hihi.


Nak minta Kopi O tapi tertinggal huruf O dapatlah Kopi Susu Kurang Manis Tambah Gula.
Mak aihhh, besar betul mug dia, Pak Inche kata sedap. Amboii, dah belajar minum ayaq panaih nampak.


Pak Inche pilih Sizzling Lamb Chop. Berasap lagi tu.. Di Roti Rentung, semua hidangan sizzling akan dihantar sendiri oleh chef dari dapur terus ke meja pelanggan. Rasa macam vvip la gitu, hahaha.
Satu hidangan ni ada dua keping kambing. Bawah kambing tu ada sayuran yang dicelur seperti  brokoli dan carrot. Hidangan sampingan lain adalah mashed potato cheese dalam bungkusan aluminium foil tu. Masakannya boleh tahan jugak sedap, kambing lembut dan juicy.



Sepatutnya pembuka selera yang sampai dulu tapi main course pulak yang mendahului. Tapi tak apa, tak dosa pun. Sup cendawan dengan dua keping Garlic Bread iaitu Roti Perancis yang disapu dengan mentega bawang putih sebelum dibakar, rotinya gebu tak keras macam roti perancis yang selalu Sk beli di pasaraya. Sup cendawannya pun sedappppppp tak terlalu cair atau pekat. Yang ni kami kongsi berdua la, berdua kan lebih baik, uhuks.


Aglio Olio Seafood tentunya untuk Sk. Mula nak makan Salmon tapi dia kata ada ramuan dalam salmon tu yang tak cukup, jadi kalua dihidangkan macam kurenglah gitu. Sk kata, kalua macam tu bagilah diskaun, eh, tak boleh pulak. tu yang pesan ajelah Aglio Olio ni dan Sk pesan buat pedas sikit. Tapi, punyalah lambat sampai habis setengah mug kopi Sk (sebab Sk tak suka minum kopi suam). bayangkan Pak Inche dah selesai makan kambing dan mushroom soup baru makanan Sk sampai.

Nasiblah Sk ni penyabar orangnya, hahahaha.

Roti Rentung Cafe
Alamat : No. 5 Medan Selera Koperasi, 
Latoh, 81700 Kongkong Selat Mendana, 
Jalan Sungai Masai, Masai, Johor

Buka setiap hari 5 pm - 11 pm
Tutup : Sabtu

Cara nak ke sini senang jer, ikut lebuhraya Senai - Desaru, keluar di Plaza Tol Cahaya Baru. Belok kanan, dalam tiga kilometer sampai dahhhh..

Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Haritu dah nampak dah masa amik Suami kita balik mancing, tapi tak sempat nak singgah dengan bau ikannya..next time nak pergi siang-siang sementra tunggu Suami naik darat hehehe

    ReplyDelete
  2. Fuhh.. gigih kak seri pegi makan jauh2 time malam.. hahaha.. kenapa nama restoren roti rentung tapi ada menu roti rentung ke kak?
    haha

    ReplyDelete
  3. Apesal la banyak tempat makan best kat sana...kalau SA yang duk sana rasanya mau naik berat badan ni hari- hari makan sedap

    ReplyDelete
  4. orang dekat tak pergi lagi,hahaha..aduii...entah bila nak jejak ke sini tau.Nama je orang pasir gudang.Next time ajak laki dating kat sini lah

    ReplyDelete
  5. dia punya plating tu da macam hotel2 gitu...hihi

    ReplyDelete
  6. Menarik je nampak. Nanti nak makan kat sini jugak la

    ReplyDelete
  7. ada 8 permainan poker menarik di AJOQQ :D
    ayo segera bergabung dan dapatkan bonusnya :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete
  8. Nonton Film Bokep Terbaru Dan Terlengkapnya Klik Di Sini ↧↧↧

    BOKEP
    Bokep Indo
    Bokep Jepang
    Bokep Barat
    Bokep Viral

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!