SAMBUNGAN dari kisah hantar Iman balik ke Ipoh...
Selepas makan santai-santai di Padang Ipoh, kami terus balik ke hotel. Sekarang ni tak larat dah nak pergi mall ke apa, lepas makan balik hotel, kalau lapar keluar balik, hihi.
Jadi, malam tu Iman ada bagi cadangan untuk makan di restoran Pakcik Wong yang viral di twitter. Menurut Iman, kedai makan ni terletak berhadapan Nasi Vanggey di Greenwoods. Pada mulanya, Pak Inche macam tak nak, tahu sajalah dalam kepalanya tu mesti dah plan nak makan tenpat lain tapi akhirnya beralah jua, jadi jomlah kita.
Pakcik Wong ni merupakan restoran yang menyediakan makanan cina muslim. Masakan cina muslim pula memang favourite kami, ahhh, kami ni apa yang tak favourite semuanya kami gemor belaka, hahaha.
Pada mulanya tak berapa faham sangat kenapa tak ada harga diletakkan pada menu lauk pauk rupanya semua harga lauk pauk di sini dah tetap RM8.80. Dan setiap sati lauk tu dihidang dengan semangkuk nasi. Jadi, kalau kita order sepuluh lauk, dapatlah sepuluh mangkuk nasi. Gituuu.
Selain menu masakan cina, Pakcik Wong turut menyediakan menu western. Pak Inche kata, nak makan menu berlauk, jadi kami pun pilih-pilih lauk yang biasa kami makan jerlah dan kami pesan tiga mangkuk nasi aje walaupunnnn...
Haaa.. Tu dia.. Tak boleh tidak, inilah menu-menu wajib kami setiap kali ke restoran masakan cina, hahaha. Yang dah biasa baca blog makan-makan Sk ni mesti dah tahu bebeno...
Kangkung Belacan
Seriussss.. tersangatlah sedap sehingga menewaskan tempat-tempat lain yang biasa kami pergi. Rasa sambal belacan dia memang power dan tak kedekut rencahnya, sayur pun banyak daun taklah penuh batang jer, huhu.
Daging Halia.. Yassalammmm.. Dagingnya sangatttt lembut dan rasa sos halia pun sangat sedap. Rasa macam tak nak berhenti cedok daging masuk dalam pinggan, hahaha.
Shrimp Omelettes
Sedap walaupun telur dengan udang jer, tapi yang ni sedap biasa-biasa ajelah.
Taufu Sizzling
Pun sedap sangat ni. Sos taufu sedap, tak masin dan tak hanyir.
Ayam Butter.
Rasa sos butter tu sedap tak mengecewakan, ayam tu potongannya agak besar la tapi masih sedap sebab ia digoreng empuk gitu.
Tak boleh tidak ada, mesti ada.. Apakah dia? Tentulah Sotong Telur Masin. Power giler dia punya masin tu, hahahah, tapi masih boleh telan lagi la, masin sikit masakan ni, kena beritahu dengan Pakcik Wong untuk kurangkan garam.
Masa bayar tu, Pak Inche tanya jugak kalau ada cawangan di mana-mana. Menurut cashier, tak ada cawangan walaupun sambutan agak menggalakan demi untuk mengekalkan kualiti masakan. Hurmmm.. Baguslah, baru ada keunggulan.. jadi, kalau teringin nak makan di Kedai Pakcik Wong, kenalah datang Ipoh, hehehe.
Burppp!
Alhamdulillahhhh...
Selamat melayan selera
ReplyDeletePermisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
ReplyDeleteKesempatan Menang Lebih Besar,
|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802