Assalamualaikum...
BEBERAPA minggu sebelum berlangsung, sepupu Sk yang bernama Kak Sopi menghantar e-card.
"Sari, minta alamat, Kak Sopi nak pos kad jemputan," pintanya.
Ya, sudahlah hantar kad jemputan melalui pos walaupun telah dihantar e-card sebelumnya, Kak Sopi tak habis berpesan agar Sk datang ke majlis walimatulurus anak lelakinya. Kak Sopi ni sepupu Sk, bapa kami adik beradik dan bapa-bapa kami memang dah lama Innalillah.. lalu Sk bertanya pada Pak Inche kalau dia free tarikh tu. Hurmm, jangan kata free, terus dia ajak stay KL sebab katanya dah lama tak jalan-jalan kat sana. Ialah, selalu kalau pergi sana pun hal kerja, memang tak sempatlah nak berjimba-jimba, maka jomlah kita, ahaks!
Mercu tanda Kuala Lumpur yang menjadi kebanggaan.
Pak Inche memilih untuk menginap di Bukit Bintang, senang katanya nak jalan-jalan, tak payah bawa kereta. Oh ya, lokasi majlis perkahwinan di Ampang, kiranya tak jauh la, sepelaung aje katanya, hahaha.
Hotel penginapan kami yang terletak di celah-celah hutan batu KL. Dari celah-celah hutan batu nampak Menara Kuala Lumpur, hahaha. Pernah dulu semasa menghadiri kursus di KL tak silap tahun 1997, Sk dan seorang kawan tersesat sehingga ke Menara KL ni, mujur jumpa jalan pulang, hahaha.
Kami stay di Cong Codei. Pak Inche la yang pilih hotel, dia yang bayo, kan. Tapi, macam mana oun dia mintak jugalah pendapat SK, tapi bagilah pendapat macam manapun, dia tetap pilih yang tu. Okeylah kan, dari dia pilih Hotel Ah Tong, hahaha.
Ini kali ketiga Sk ke sini, yang best kali ni dorang upgrade penginapan kami dapat bilik premier.
Kami diberitahu bilik kami mempunyai dua katil bersaiz permaisuri, hurmmm.. double bed ke? Sekali masuk, mak aihhh… beso gila bilik, haha. Bergoleklah puas-puas katil sorang satu, erkkk!
Bukan sahaja besar tapi siap ward drobe yang diasingkan bersama bilik air dan tandas. Siap juga dengan kelengkapan lain, selipar tidur pun jenis yang ada kualiti bukannya kain sekeping tu.
Nak mandi guna shower boleh, nak guna bathtub pun boleh tapi tak sempat pun nak berendam-rendam ni, malas sebenarnya, lebih baik main handphone, kah kah kah.
Malam tu layan Nasi Lemak Wanjo di Kampung Baru.
Ada adik tu bagitahu Nasi Lemak Wanjo lagi sedap dari NL Antarabangsa tapi sebab Sk tak pernah cuba NL Antarabangsa, jadi no komen laaa..
Berbelas-belas tahun, memang inilah American Breakfast di café Cong Codei ni, tak berubah-ubah.
Yang bestnya kat sini, takyah beratur di kaunter telur untuk tunggu Omelet ka, sunny side up ka, telur separuh masak ka, sebab dia sentiasa buat tak berenti.
Nak makan sikit rugi, nak makan banyak, gemuk, eleh.. memang dah gemuk pun. Makan telur hari-hari pun begitu jugak timbangannya, kah kah kah.. pasghah!
Sampai dah rumah kenduri.
Kak Sopi tak buat di rumah tapi di Yeob Homestay Ampang.
Sedap masakannya, paling suka sebab ada acar buah, hehehe.
Amboi.. amboi.. tembamnya pengantin doploh tahun lepas ni, hahaha.
Dewan majlis ni terbahagi kepada dua tingkat, atas dan bawah jadi ramai tetamu boleh muat.
Family Sk yang dah sampai lebih awal bersama sepupu sepapat.
Di sebelah kiri Sk tu, Kak Liza, sebelah kanan Sk, Suria dan di sebelahnya Nabila anak Kak Liza.
Balik pengantin kami lepak di hotel, petang tu Pak Inche ajak jalan kaki ke KLCC. Hurmm.. lupa pulak nak ambil gambar kat KLCC, hahaha. Petanggggg tu, Cikwa jemput kami di sana sebab Sk ajak tengok pinggan mangkuk viral yang katanya lelong di Sunway Putra Mall.
Pembohong betul, yang lelong tu haaa.. yang dah tak laku, pinggan putih kecik-kecik.
Pinggan viral ni tak lelong pun jangan kata lelong diskaun pun tak ada, pooodah!
Sudahnya, satu apapun tak beli, hahaha. Dari sini kami terus pergi makan malam di.... tu nanti cerita.
Sarapan esok pagi. Haish, memang chef dah sign darah sarapan macam ni kat Cong Codei, hahahaha... hahahahah. Kali ni kita minum soya bean pulak, bunga meja pun warna merah semalam warna pink, hehe. amboiii, ada yang skrol ke atas balik nampak, hahahaha.
Lepas check-out, Sk ajak Pak Inche ke Central Market. Orang kata, pinggan viral kat sana, murah, iye ke??? Jom kita tengok. Maka, lalulah depan Kota Raya ni. Teringat dulu-dulu, Angah kerja KL, nanti kami datang naik bas turun Puduraya, terus dibawanya ke sini makan Kenny Rogers, hahaha.
Petaling Street... siapa yang pernah beli handbag ke.. apa-apalah kat sini maknanya dia sezaman la dengan SK, hahaha.
Sampai pun Central Market, hahaha.. tapi tak jumpa pun pinggan viral???
Tanya dengan pekerja kedai dalam tu, dia kata, oh, kedainya di luar hujung sekali, okeyyyyy.
Murahlah sangattttttttttt, hahahaha. Tokono lagi den.
Kalau mangkuk kecik-kecik macam ni tujuh lapan ringgit memang tak murahlah pada SK. Pinggan makan pun sampai doploh hengget, huiiii, baik Sk beli kat Claytan.
Lepas tu Pak Inche ajak makan Sup Utara kat mana tah, tak jumpa pun kedainya, haha.. sudahnya kami ternampak kedai ni, Kambing hangus??? bolehlahhhhh.
Ikan Bakar ada, kambingnya mana? Sowei, tak ambil pulak gambar kambing, hahahaha.
Biasa jer makan kat sini, yang sedapnya makan kat rumah, kan kan kan.
wah..bestnya berjalan sambil makan.hehehe. Nasib badan la..kalau pergi tempat macam mall ni memang asyik terkeno je..baik g market jelah
ReplyDeleteHahahaah lama tak menginap di Concorde ni..sebab Suami malas nak sesak di bandar sana..lagi satu sebab anak pun kat Shah Alam hehehe..
ReplyDeleteKak, gambar kambing takde sebab hangus kan? Hahahahaha
alhamdulillah. rindu jugak kami kat KL, hehe
ReplyDeleteview dia tu macam view yang nampak dari simpang nak masuk red by sirocco...rupanya hotel lain ek..
ReplyDeletePoker online dengan presentase menang yang besar
ReplyDeleteayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :D
WA : +855969190856