OZLYN PELAPIS WATAK ANTAGONIS

Seri Kandi Tanah Jauhar
11
Assalamualaikum... 

Yaaaa...  tu diaaa..  lama menyepi diri sejak menjadi surirumahtangga di musim pkp,  tetiba Mak Inche muncul malam ni,  hahahaha.  Bukan nak cerita pasal makanan tapi pasal drama bersiri Akasia yang sudah memasuki episod ke 10, Bukan Gadis Biasa yang menampilkan Remy Ishak dan Aida Jebat sebagai hero dan heroinnya. 

Tidak hanya tertumpu kepada Remy dan Aida,  BGB menampilkan ramai lagi pelakon best dan yang penting ia bukan cerita kahwin paksa atau kahwin kontrak seperti kebanyakan episod Akasia yang lepas-lepas dan kalau tahun lalu Sk emo sungguh dengan drama slot Samarinda  Cari Aku di Syurga,  tahun ni kita layan pulak slot Akasia Bukan Gadis Biasa. 

Okey,  kita lupakan hero dan heroinnya sekejap.  Sk sebenarnya agak tertarik dengan kemunculan Ozlyn yang memegang peranan sebagai Juliana, isteri kedua Muzaffar dan menantu kesayangan Che Puan Aminah yang juga nenek kebencian Rayyan (Remy Ishak), hahahaha. 


Sebagai mereka yang selalu menonton drama melayu, Sk memang mengenali Ozlyn sejak duluuuuuu tapi siapa sangka dulu agak sopan sekarang lakonan Ozlyn lebih daring dan mengancam.  Tidak sia-sia tau Ozlyn bawa watak mak tiri tamak dalam drama ni.


Dalam episod hari ni,  Sk seolah-olah ternampak bayangan Seniwati Azean Irdawaty (Allahyarham)  terutama dengan rambut blonde yang berombak kasar memang sebijik sangat dengan lakonan yang sungguh menjadi. 

Tahniah,  Ozlyn atas lakonan anda yang begitu cemerlang.  Dan pastinya sekalung tahniah juga untuk Jinggo dan Sheila yang berjaya menyerlah karektor Ozlyn. 
 Seperti kata Sheila, ini merupakan drama terakhir beliau,  jangan risau kerana kita sudah ada pelapis watak antagonis yang pastinya menimbulkan kebencian di hati penonton. 

Okey,  lain kali kita cerita pasal Opah pulak ya..  tungguuuuuu! 

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Love Ozlyn! Very versatile. Bawak la watak apa pun inshaAllah menjadi. Paling penting dia maintain cantik walaupun anak berderet-deret hihi

    ReplyDelete
  2. Kalu kehidupan sebenar, Ozlyn dan Johan ni rapat benar dengan keluarga Shiela Rusli tu. Macam family dah. Sebab itulah kot, watak mudah terbentuk sebab depa serasi. Btw, saya tak tengok yang kat tv, jeling jeling masa berbuka. Saya layan kat Ytube, no iklan iklan.

    ReplyDelete
  3. Drama ni kita tak tengok plak, duk layan Korban Kasih tu haaa..nanti try le nengok...

    ReplyDelete
  4. Kita tengok drama nih, waktu berbuka layan ni, waktu sahur layan TV1 pulakk. HAHA!
    Memang menjadi-jadi-jadik . Bila lah nak insofff~

    ReplyDelete
  5. layan sekejap-sekejap je..sakit hati pulak watak sheila rusly tu...hahaha

    ReplyDelete
  6. Tulahh. Impressive betul lakonan. Best kan cerita ni.

    ReplyDelete
  7. hebat lakonan nya.....

    salam kenalan dari saya, nak tanya ini sudi ke bertukar link dengna blog saya, kalau sudi sila comment di link ini ye

    https://www.oohsenyum.com/2017/03/bantu-blogger-yang-memerlukan-2020.html

    ReplyDelete
  8. Ena suka tengok drama ni masa puasa. Geram dgn ozlyn ni. Menantu puaka. Haha

    ReplyDelete
  9. Join yuk di chanelku yang seger...
    banyak film terbaru yang memanjakan mata loh...

    STREAMING NONTON BOKEP GRATIS ..!!
    Kumpulan BOKEP Terlengkap Terbaru Terpopuler & Ter-Update By SUKABOKEP

    SUKABOKEP

    BOKEP INDO NGENTOT ASIK

    BOKEP BARAT NGENTOT MANTAP

    BOKEP JEPANG NGENTOT NIKMAT

    BOKEP KOREA NGENTOT PUAS

    FILM SEMI NGENTOT SERU

    SKANDAL ARTIS, MODEL, SELEBGRAM TERBARU 2020

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!