DALAM kisah Percutian Pertama di Tahun 2020, Sk ada tunjuk Restoran Nasi Lemak Royale Kedah yang dibuka di Melaka. Tak silap Sk, ia antara cawangan Nasi Lemak Royale Kedah (NLRK) yang sedang melebarkan sayapnya di seluruh Malaysia. Makna kata, kalau rasa nak makan NLRK, kita dah tak perlu lagi memandu atau naik kapalterobang sampai ke Aloq Setaq sebab ia dah buka cawangan di beberapa tempat. Yang pasti, cawangan NLRK ni restorannya lebih ekslusif dan menyerupai kebanyakan kedai mamak di seluruh Malaysia ni. Cuma yang membezakan jenis nasi yang dihidangkan di sini adalah nasi lemak. Tapi, anda janganlah pulak terbayang hidangan nasi lemak macam Nasi Lemak Kayu Keramat tu pulak. Nasi lemak ini adalah nasi yang dimasak dengan minyak sapi dan rempah ratus serta harum daun pandan. Nasinya berwarna kuning diraja, sebab itulah dipanggil royal (royale).
Apabila NLRK merwar-warkan akan membuka cawangan di Johor Bahru, tak sangka ramai betul yang suka. Agaknya ramai orang Kedah yang bermastautin di Johor Bahru nikan, selain Pak Inche kita, hahaha. Pak Inche pun teruja juga sebab dia memang penggemarnya. Walaupun di Johor Bahru ni sudah ada Nasi Royale JB dan ada juga beberapa restoran yang mengakui menjual nasi royal asli Kedah, namun apabila 'adik-beradik' sebenar yang telah menjalankan perniagaan sejak 1967 pasti ada kelainan yang dijanjikannya.
Barisan sepanjang dua kedai semasa kami datang tidak menjatuhkan semangat Pak Inche untuk beratur. Padahal, malam sebelumnya nampak beratur panjang jugak, tapi tak gagah pulak nak join sekaki, hahaha. Sk bertanya kepada staf kedai, kenapa tak asingkan barisan yang nak makan dengan yang nak tapau, tapi dia kata mamak tu suruh semua beratur satu barisan aje. Menyampah betul, padahal ada jer tempat viral lain yang Sk pernah pergi diasingkan barisan salah satunya Nasi Ganja. Nak makan terus duduk, nak tapau, beratur. Lepas tu baru teringat, nasi ganja ada satu lauk aje, tak ada nak pilih-pilih, haahaha.
Walaupun nampak panjang tapi tak lama pun rupanya beratur. Yang buat lama tu, time beratur tulah perut memulas rasa nak macam-macam, hahahaha. Line yang panjang tadi dah ke depan, tapi bila toleh belakang, fuhh, ramai lagi yang beratur, bertabahlah korang. Sampai giliran Pak Inche, orang depan dia dah borong habis ayam goreng. Apa macam makan Nasi Royale tak ada ayam goreng, kan. Tunggulah sekejap ayam goreng kat kuali tu masak, hurmm.. tunggu lagi. Tunggu lima saat pun rasa macam lima jam ui.
Yang Si Iman, bila dah kat depan tu dia doklah menghafal apa nak cakap dengan mamak tu supaya tidak tersasul dan terlupa, hahaha. Bungkus, kuah campoq, sayur kubis, ayam goreng... bungkus, kuah campor, aaa.. kubis, ayam goreng, hahaha. Kitorang memang macam ni, beratur kat kefsi ke, mekdi ke, yang layan diri, memang dok hafal apa nak cakap kat cashier, berdebar-debar oi, hahahaha.
Lepas siap tapau semua, terus bayar di cashier. Kira lebih komersial la, ada staf cashier perempuan melayu. Kalau yang biasa Sk pergi di Alor Setar tu, mamak-mamak semua staf dia, kat JB ni staf di kaunter makanan aje yang mamak. Mungkin skil campak kuah dalam nasi tu perlu dan mamak aje yang ada skil tu, kahhhhh.
Dah sampai rumah, yang ni pinggan Pak Inche. Lauk dia ayam goreng dua ketul, sayur kubis, harga RM12.20. Iman ambil ayam seketul dengan sayur kubis kena RM7.70. Kira harga patutlah untuk sebuah restoran yang ada jenama macam NLRK ni.
Haaaaa.. ni bungkusan nasi Sk. ayam seketul, sotong seekor, bendi tiga batang, kena RM20.70. Tersembur ailio Pak Inche dengor, kahhhhh. Tapi sotong tu sampai rumah, Sk bahagi tiga. Saja nak rasa sotong mamak, hahaha.
Ramai yang nak tahu, sedap ke sedap? Ni bak kata, abang fotog pencen Zain Ahmed, Kalau tekak kau dah biasa suka belacan dengan tempoyak, mana nak suka masakan mamak... haaa. Tapi, bagi Sk, okeylah, tak mengecewakan. Pastikan anda datang time betul-betul lapar. Bayangkanlah, tengah lapar tu , beratur dan bersabar, lepas tu telan-telan ailio tengok lauk dalam cermin, sampai giliran kau nak suap tu, wallaweiiiiyhhh.. mak mertua lalu pun tak sedo.. hahaha.
Wak jarang2 masuk kedai mamak sebab pn is3 tak minat.
ReplyDeleteKannn, tak pernah rasa lagi Royale ni, sebab tu tak tanya sedap ke tak, sebab nanti nak cuba sendiri, ada orang tak suka mamak, tapi i bedal je semua hahahaha
ReplyDeletehahahhaha comel lak bila bayangkan iman tengah menghafal kat barisan..
ReplyDeletePoker online dengan presentase menang yang besar
ReplyDeleteayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :D
WA : +855969190856
Join yuk di chanelku yang seger...
ReplyDeletebanyak film terbaru yang memanjakan mata loh...
STREAMING NONTON BOKEP GRATIS ..!!
Kumpulan BOKEP Terlengkap Terbaru Terpopuler & Ter-Update By SUKABOKEP
SUKABOKEP
BOKEP INDO NGENTOT ASIK
BOKEP BARAT NGENTOT MANTAP
BOKEP JEPANG NGENTOT NIKMAT
BOKEP KOREA NGENTOT PUAS
FILM SEMI NGENTOT SERU
SKANDAL ARTIS, MODEL, SELEBGRAM TERBARU 2020