Assalamualaikum...
DAERAH Muar terletak di barat laut negeri Johor, Malaysia. Dikenali sebagai Bandar Maharani, ia bersempadan dengan daerah Tangkak di utara, daerah Segamat di timur dan daerah Batu Pahat di selatan. Perkataan ‘Muar’ dipercayai berasal daripada perkataan Muara iaitu kedudukan bandar Muar di muara Sungai Muar yang juga merupakan sungai terpanjang di Johor. Orang kata, kalau datang ke Muar, wajib makan sate dan sate merupakan makanan yang boleh didapati (baca-makan) dari waktu sarapan pagi hingga lewat malam. Selain tu, mee bandung dan mee siput juga antara makanan yang popular untuk dimakan jika datang ke Muar. Namun, beberapa tahun kebelakangan ini, kami ke Muar semata-mata untuk makan tiram atau oyster, hehehehe.
Selepas tiga kali dikecewakan dalam siri jjcm oyster Muar, akhirnya Ahad lepas berjaya juga makan oyster raw di muara Sungai Muar. Kalau sebelum ini, Sk pernah ceritakan pengalaman Sk kali pertama mencuba oyster di Oyster Bay, kali ini Sk ingin mengajak anda makan oyster di Tiram Muar Oyster yang terletak betul-betul di habitat oyster lio Sungai Muo. Alamat tepatnya kena baca sampai habis dululah ya.
Sebelum dijamu dengan oyster, kita makan nasi dulu.. Sebenarnya Tiram Muar Oyster ni pada asalnya adalah perniagaan Asam Pedas Pak Ndak yang menyajikan pelbagai sajian Asam Pedas Johor. Kini, selain asam pedas, anda juga boleh menikmati oyster raw atau oyster bakar di sini dengan harga yang murah. Murah tu bukan sebab oyster di sini tak berkualiti atau kurus kering ke apa, tapi niat beliau adalah supaya lebih ramai orang yang dapat menikmati kebaikan osyter dan rasanya yang lazat tu.
Tujuh kebaikan makan oyster:
1. Rendah kalori
Jika Anda sedang menjaga atau ingin menurunkan berat badan, oyster yang rendah kalori sebagai salah satu bahan makanan saat sedang diet. Dibandingkan dengan olahan lautnya, kalori yang terkandung dalam oyster cenderung rendah.
2. Mengandung antioksidan yang unik
Salah satu manfaat tiram terletak pada kandungan antioksidan uniknya yang dikenal sebagai DHMBA. Antioksidan ini ditemukan 15 kali lebih kuat dalam melawan radikal bebas daripada vitamin E sintetis Trolox.
Antioksidan unik dalam tiram ini juga diyakini baik untuk organ hati, mengurangi oksidasi kolesterol jahat LDL yang dapat memicu penumpukan plak di pembuluh darah arteri, dan melindungi kerusakan pada sel organ hati. Meskipun demikian, masih diperlukan lebih banyak riset untuk melihat manfaat antioksidan DHMBA dalam tiram pada manusia.
3. Memiliki protein yang lengkap
Meskipun memiliki ukuran yang kecil, ia merupakan salah satu sumber protein yang baik. Di dalamnya ada sembilan asam amino esensial yang diperlukan tubuh yang bermanfaat untuk membantu menurunkan berat badan, mengurangi rasa lapar, dan memicu kemunculan hormon yang meningkatkan rasa kenyang, seperti hormon peptida YY dan kolesistokinin (CCK).
4. Pilihan kerang yang rendah kolesterol
Dari semua jenis kerang, oyster adalah salah satu jenis kerang yang rendah kolesterol. namun janganlah pula diambil secara berlebihan.
5. Memiliki kadar lemak yang rendah
Selain memiliki kalori yang rendah, ia juga memiliki kadar lemak yang rendah. Sayangnya, lemak dalam oyster merupakan lemak tersaturasi yang dapat meningkatkan risiko anda mengalami penyakit jantung. Sebab itu ia tidak boleh diaambil berlebihan.
6. Kaya akan zinc
Zinc boleh meningkatkan daya tahan tubuh dan fungsi enzim tubuh.
7. Mengandung berbagai vitamin dan mineral
Meskipun tidak sebesar zinc, oyster juga memiliki pelbagai kandungan nutrisi lainnya yang penting bagi tubuh, seperti vitamin B-12, tembaga, selenium, zat besi, vitamin D, serta vitamin A.
Ia turut mengandungi asam lemak omega-3 yang dapat membantu mengurangi risiko anda menderita diabetes dan penyakit jantung.
Alang-alang dah sampai, terus order dua dulang. Setiap dulang ada sepuluh ekor. Pak Inche jer dah pulun sedulang ko. Lepas tu masa Sk makan, Sk pelawalah dia makan sekali, dia ambil dua, lepas tu cuci tangan. Masa Sk sedang menikmati oyster yang ke tujuh, dia dok tenung aje oyster yang ke lapan tu.. Sk pun cakap, kalau nak, ambiklah. Dia geleng, pas tu Sk pelawa lagi, terusssssssss... ahahhaha. Jadi, Pak Inche makan 13 ekor oyster.. amboi.. amboi.. amboiii... nasib murah.
Nampak tak, kemahen gemuk gedempol dan segar bugar oyster ni macam tuan dia.
Bila dah diperahkan lemon tu, apalagi, teruslah suap ke mulut. Tapi, istimewanya di Tiram Muar Oyster ni, kita makan stail Johorean. Makan dengan sambal kicappppp, eh, masuk pulak rasa oyster raw dengan sambal kicap tu.. hahaha.
Iman jer la yang tak berani makan. Haiwan-haiwan bercengkerang ni, cuma lala, siput sedut dan siput gonggong jer yang dia suka. Yang lain memang tekak dia menolak. Kerang tu kalau ada dalam kuey teow, baru dia makan, padahal Sk dulu kecik-kecik memang favourite la semua haiwan laut ni, hehe.
Jadi, pada sesiapa yang nak mencuba oyster raw ni, bolehlah singgah ke Warung Pak Ndak yang betul-betul berhadapan dengan Sungai Muar. Sambil makan, sambil ditiup angin muara, wallaweiiii...
Asam Pedas Pak Ndak
Tiram Muar Oyster
Tiram Muar Oyster
Lorong Tepi (Surau Parit Tiram) Off Jalan Salleh
84000 Muar, Johor
Telefon 013 775 5989
Buka setiap hari kecuali Isnin
klik
faveret husband ammi ni..
ReplyDeleteammi tak geng dengan oyster, kerang, lala, kupang, kepah semua tu
ari tu makan baked oyster dekat R, rasa macam tak boleh terima tekak ni..hahahaha
ReplyDeleteapa rasanya ya...
ReplyDeleteMukadimah tentang Muar ni, teringat kata-kata pensyarah tentang Sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Katanya, Sultan Mahmud Syah berundur ke Muar setelah dikalahkan oleh Portugis. Untuk raja-raja, tak boleh kata 'kalah' tapu gunakan perkataan 'berundur'... eh ngajar sejarah pulak dah!
ReplyDeleteOsyter tu aduhai... mana nak cari. Guna osyter sos sajalah dalam masakan... kah!
Tengok oyster teringat MrBean... Tapi memang tringin nK cuba yang fresh macam ni...
ReplyDeleteBolehlah cuba try cari nanti
ReplyDeletetak pernah rasa lagi oyster tiram fresh mcm ni ,dulu tgk mr bean makan yg sakit perut tu kan , terus tak pernah rasa nak try
ReplyDeleteOne day nak ajak gak Suami pi sini, walaupun lelain tak pandai nak makan, kita sorang je makannya kak hahahahaha
ReplyDelete
ReplyDeletepoker online dengan pelayanan CS yang baik dan ramah hanya di AJOQQ :D
ayo di kunjungi agen AJOQQ :D
WA;+855969190856
Bestnya...fav SA gak ni...SA pun makan sellaunya ikut style SA...nak hilangkan rasa pelik raw dia tu pandai- pandai la...
ReplyDelete