SALAM MAULIDUR RASUL 1443H

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum...


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1443H/2021 - SELAWAT NABI ļ·ŗ:

Allah ļ·» telah berfirman:

ŲØِŲ³ْŁ…ِ اللَّهِ الرَّŲ­ْŁ…ٰنِ الرَّŲ­ِŁŠŁ…ِ.
Ų„ِنَّ اللَّهَ وَŁ…َŁ„ٰٓŲ¦ِكَŲŖَهُŪ„ يُŲµَŁ„ُّŁˆŁ†َ Ų¹َŁ„َى النَّŲØِىِّ  ۚ يٰٓŲ£َيُّهَŲ§ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų”َŲ§Ł…َنُوا ŲµَŁ„ُّوا Ų¹َŁ„َيْهِ وَŲ³َŁ„ِّŁ…ُوا ŲŖَŲ³ْŁ„ِŁŠŁ…ًŲ§ (ل٦)

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat 
(memberi segala penghormatan dan kebaikan) 
kepada Nabi (Muhammad ļ·ŗ); 
wahai orang² yang beriman, 
berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."
(Al-Ahzab 33: Ayat 56)

Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang diadakan sempena hari kelahiran Rasulullah ļ·ŗ, 
menurut pandangan sebahagian ulama seperti Imam al-Suyuti, 
beliau menyatakan bahawa amalan tersebut adalah baik dan akan diberi pahala serta ganjarannya, kerana bertujuan melahirkan rasa cinta dan sayang kepada junjungan Nabi Muhammad ļ·ŗ.

Berselawat adalah antara amalan yang digalakkan pada sambutan Maulidur Rasul.

Menurut pandangan Syeikhul Islam Sayid Dahlan menyatakan bahawa selawat dan berdiri kerana membesarkan Nabi ļ·ŗ adalah amalan baik lagi mulia.

Sabda Baginda ļ·ŗ yang bermaksud:
"Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali Allah berselawat ke atasnya 10 kali".
(Riwayat: Muslim dan Abu Daud)

Tarikh dan Tema Sambutan Maulidur Rasul 1443H - 2021 Di Malaysia.
Hari Keputeraan Nabi Muhammad ļ·ŗ - Maulidur Rasul.
bagi tahun 2021 jatuh pada 19 Oktober 2021 - Selasa.

Hari tersebut merupakan hari Kelepasan Am Persekutuan (cuti bagi semua negeri di Malaysia).

Maulidur Rasul 2021
Tema: 
"MANHAJ RABBANI UMMAH BERKUALITI"

Kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ļ·ŗ.

SELAWAT MAULIDUR RASUL:

صلى الله على Ł…Ų­Ł…ŲÆ،
"Selawat Allah ke atas Muhammad".

صلى الله Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł…،
"Selawat salam dipohon lagi".

صلى الله Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ Ł…Ų­Ł…ŲÆ.
"Selawat Allah ke atas Muhammad".

صلى الله Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł….
"Selawat salam dipohon lagi".

يا Ł†ŲØŁŠ سلام Ų¹Ł„ŁŠŁƒ
"Wahai Nabi salam atasmu".

يا Ų±Ų³ŁˆŁ„ سلام Ų¹Ł„ŁŠŁƒ.
"Wahai Rasul, salam atasmu".

يا حبيب سلام Ų¹Ł„ŁŠŁƒ.
"Wahai kekasih, salam atasmu".

ŲµŁ„ŁˆŲ§ŲŖ الله Ų¹Ł„ŁŠŁƒ.
"Selawat Allah ke atasmu".

اؓرف البدر Ų¹Ł„ŁŠŁ†Ų§.
"Bulan purnama menyinari kita".

فاختفت منه Ų§Ł„ŲØŲÆŁˆŲ±.
"Hilang segala cahaya".

Ł…Ų«Ł„ Ų­Ų³Ł†Łƒ Ł…Ų§ Ų±Ų§ŁŠŁ†Ų§.
"Indah menawan tidak pernah dilihat".

قط يا ŁˆŲ¬Ł‡ Ų§Ł„Ų³Ų±ŁˆŲ±.
"Wajah gembira sepanjang hayat".

انت Ų“Ł…Ų³ انت ŲØŲÆŲ±.
"Kaulah matahari, kaulah bulan".

انت Ł†ŁˆŲ± ŁŁˆŁ‚ Ł†ŁˆŲ±.
"Kaulah cahaya mengatasi cahaya".

انت اكسير ŁˆŲŗŲ§Ł„ŁŠ.
"Kaulah rahsia hidup mulia".

انت Ł…ŲµŲØŲ§Ų­ Ų§Ł„ŲµŲÆŁˆŲ±.
"Kaulah menyuluhi jiwa".

يا حبيبي يا Ł…Ų­Ł…ŲÆ.
"Wahai kekasihku, 
ya Muhammad".

يا عروس Ų§Ł„Ų®Ų§ŁŁ‚ŁŠŁ†.
"Wahai pendamping indah sejagat".

يا Ł…ŁˆŁŠŲÆ يا Ł…Ų­Ł…ŲÆ.
"Wahai Nabi dijulang - dipuja".

يا Ų§Ł…Ų§Ł… Ų§Ł„Ł‚ŲØŁ„ŲŖŁŠŁ†.
"Wahai imam dua kiblat".

من رأى ŁˆŲ¬Ł‡Łƒ يسعد.
"Bahagialah orang memandang wajahmu".

يا ŁƒŲ±ŁŠŁ… Ų§Ł„ŁˆŲ§Ł„ŲÆŁŠŁ†.
"Wahai penghulu keturunan mulia".

حوضك الصافى المبرد.
"Kolam airmu sejuk - jernih".

ŁˆŲ±ŲÆŁ†Ų§ ŁŠŁˆŁ… Ų§Ł„Ł†Ų“ŁˆŲ±.
"Kunjungi kami pada hari akhirat".

عالم السر ŁˆŲ£Ų®ŁŁ‰.
"Allah mengetahui rahsia - sulit".

Ł…Ų³ŲŖŲ¬ŁŠŲØ Ų§Ł„ŲÆŲ¹ŁˆŲ§ŲŖ.
"Dialah menyahut semua seruan".

Ų±ŲØ ارحمنا Ų¬Ł…ŁŠŲ¹Ų§.
"Wahai Tuhan Rahmatilah kami".

ŲØŲ¬Ł…ŁŠŲ¹ الصالحات.
"Dengan segala amalan soleh".

ŁˆŲµŁ„Ų§Ų© الله على Ų§Ų­Ł…ŲÆ.
"Selawat Allah ke atas Muhammad".

Ų¹ŲÆ تحرير Ų§Ł„Ų³Ų·ŁˆŲ±.
'Sebanyak baris kertas ditulis".

Ų§Ų­Ł…ŲÆ Ų§Ł„Ł‡Ų§ŲÆŁŠ Ł…Ų­Ł…ŲÆ.
"Ahmad - Muhammad petunjuk jalan".

ŲµŲ§Ų­ŲØ Ų§Ł„ŁˆŲ¬Ł‡ Ų§Ł„Ł…Ł†ŁŠŲ±.
"Empunya wajah berseri menawan".

Wallahu a'lam.





Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!