BELI POKOK BUNGA ROS UNTUK IBU

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

SEJAK minggu lepas, Sk dah mohon cuti esok (Ahad). Manalah tahu kot nak singgah tidur Melaka ke, Muar ke. Tup tup, kawan sekerja yang dikatakan akan menggantikan tugas Sk semasa Sk bercuti pun bercuti juga. Partner in Crime, memang bercuti kerana menghantar anak sulungnya yang akan mendaftar dan menyambung pengajian di Universiti Malaya. Jadi, kenalah masuk kerja esok, takkan nak lepas tangan begitu sajo!


Siangnya, sebelum bertolak ke utara, Sk singgah ke nursery di Bandar Baru Uda untuk membeli pokok bunga ros. Setiap kali jumpa ibu, mesti dia cerita pasal pokok ros dia yang mati kering, jadi.. meh kita belikan yang baru.


Sk ni bukannya pandai bab beli-beli pokok ni. Nak beli dah tak pandai, nak menanam atau memindahkan ke pasu lagi la tak reti, jadi minta saja orang kedai bunga tu beri perkhidmatan.

Harga pokok RM18 (diskaun RM2)
Pasu RM6
Tanah RM11 (diskaun RM1)
Jumlah RM32

Sebelum pindahkan pokok dalam pasu, dia letak dahulu sabut kelapa, kemudian masukkan pokok bunga ros yang dah dikeluarkan dari polybeg, barulah tambah tanah. 


Terkejut jugak Sk tambah tanah sikit, separuh pasu jer dah RM11, rupanya, tanah tu dia kira seguni kecil tu terus. Lebihnya bawa balik. Samalah macam kita tukar minyak hitam masa servis kereta, dia kira sebotol, jika ada lebih bawa balik 😆.


Orang nursery tu pesan siram pokok sekali sehari pagi atau petang dan biar dapat banyak cahaya matahari. Baja dia dah letak. Berbunga hati nak hantar pokok kat ibu.. sekali....


Nah Ramlahhhhh.. rupanya ibu baru shopping pokok semalamnya.. 

🤣🤣🤣

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. alahai akak pula yang kena surprised dengan ibu...hahaha

    ReplyDelete
  2. Pokok ros ni susah juga nak jaga. Perlu perhatian dan belaian selalu.

    ReplyDelete
  3. Naaahhhh.... terkojut den tengok pokok ros sudah berbunga!

    ReplyDelete
  4. Rupa2nya ibu ada pokok ros yg baru jugak hehe. Lagilah happy dia dapat lagi dari SK pulak 🤭

    ReplyDelete
  5. laaaa..ibu dh ada pokok bunga baru....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!