MAKAN MALAM DI RESTORAN YEO SEKELUARGA

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


SEPANJANG minggu lepas, kami gantung periuk Kalau masak pun cuma masak air dan rebus telur. Itupun guna elektrik, dapur memang tak berasap langsung, hihi. Bila Pak Inche ajak makan di Restoran Yeo, Sk onz aje.



Lama tak datang sini. Bila rindu kenalah kembali. Di kejauhan kelihatan megah berdiri bangunan di Forest City.









Belek-belek menu kemahen, tapi tetaplah pilih masakan yang sama.


Tulis sendiri la ya. Nanti panggil staf serahkan pesanan dan makanan akan dihidang ke meja.




Gambar masuk tak ikut turutan, Sk malas nak buka kat pc betulkan. Yang ni Cakoi Mayonese my favourite. PI tak minat ni, selalu Sk makan berdua dengan Iman aje. Ni Iman tak ada, Sk makan tiga empat biji yang lain tapau. Cakoi dia ni bukan macam cakoi yang biasa kita makan tu tau, dia ada rasa macam kek ikan sikit, sedaplah, Sk dan Iman memang suka ni.



Sk tak makan nasi, ratah lauk jer. Dietlah tu konon, tapi... (YTJT).


Favourite PI dan Iman, Chicken Lemon. Sedap!



Favourite PI jugak ni, Beancurd Hotplate. Dekat Yeo ni, dia masak beancurd letak banyak bahan, bukan semata beancurd. Ada cendawan, ada udang dan capsicum. 


Yang ni favourite Sk, Sotong Telur Masin. Dia guna real telur masin bukan yang segera. Tapi sotongnya kecik dan hiris pun kecik-kecik. Sedap, tapi kalau guna sotong besar mesti lagi sedap, hehehe.




Cara masakan goreng kilas Baby Kailan dia sedap. Sesetengah restoran dorang celur dulu sayur tu. Tu yang PI suka makan kat sini. 



Kali ni tak ambil ikan la, ni pun dah banyak macam nak muntah nak habiskan, hahaha.


Ni alamat. Datuk Ramli MS dan Datin Alya kalau balik kampung pun dorang suka makan kat sini tau.



Total, sikit lagi nak seratus, hehehe.

 



Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Restoran Yeo ni masih dalam wishlist...nanti la balik tgok anak bujang sorang tu baru ajak suami makan kat sini..

    ReplyDelete
  2. Beancurd Hotplate tu.... bagi kat saya habis sorang makan tau SK hihihii.

    ReplyDelete
  3. Tang lemon chicken tu rasanya bukan SK ngan Iman je suka, dak alip pun suka.

    ReplyDelete
  4. Muraaah laah, menu pun kliatan banyak macam 😍😍. Saya juga kalo nak rasa banyak menu, biasanya malas pakai nasi kak. JD lauk saja.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!