Assalamualaikum WBT
BERMULA sudah cuti sekolah, Khamis lepas, kan. Punyalah seronok bila cuti sekolah ni sebab nak pergi kerja tu jalan lengang. Siap boleh sampai office sebelum pukul 7.30 pagi. Hari Jumaat tu lagilah best, pukul 7.07 minit Sk dah clock in tau. Datang awal, dapatlah balik awal, hehehe.
Baiklah, ni pun kisah makan masa Iman cuti awal bulan Mei lepas. Eh, Sk tak ingatlah, masa ni dia cuti ke dia balik weekend, hehehe. Orang lain balik cuti rindu masakan mak, tapi kita ni manjang bawa makan kat kedai. Ni kami pergi Restoran Budak Siew Mai, macam biasa wajiblah pesan Chee Cheong Fun.
Iman makan Roasted BBQ Chicken Rice.
PI punya, Yee Mee Cantonese.
Tu dia, macam nak berkungfu PI.
Sk pesan Nasi Goreng. Tak ingat tajuk sebenar.
Sup Crab Stick untuk PI gak ni. Semangkuk kecik jer makan yang lain bungkus, hehehe.
Sedapnya cheong fun tu.
ReplyDeleteDatang awal, balik awal… itu bukan cuti sekolah punya efek, tu namanya nasi goreng motivasi! 😂 Btw, Restoran Budak Siew Mai tu bunyi macam tempat wajib singgah makan sambil berkungfu yee mee!
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
ReplyDeleteSelamat menikmati hari² lengang sempena cuti sekolah ni :) PH pun lega cuti sekejap jadi driver hihi
ReplyDeleteNampak favorite chee cheong fun tu, lama nya tak makan.
ReplyDeleteSegan-segan je bbq roasted chicken tu dalam pinggan, nampak sikit je kuantiti dia. Chee Cheong Fun tak pernah makan juga. Tengok dari segi rupa macam sedap.
ReplyDelete