MAKAN-MAKAN @ UNCLE BUBU CHICKEN CHOP DI HARI JADI CIK ANI

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 




SEMALAM, merupakan hari ulang tahun kelahiran adik bongsu Sk, Cik Ani yang ke 42 tahun.


SELAMAT HARI LAHIR

Pn Nor'aini Ibrahim

BARAKALLAH FII UMRIK

Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya dan mengurniakan keberkatan dalam setiap usahamu. Hidup bahagia dan selamat selamanya.

‎أمين يا رب العالمي



Sempena hari jadi, Cik Ani jemput makan-makan di Uncle Bubu Chicken Chop, Senai. Jeika makan Chicken Chop.


Che Li pun makan Chicken Chop. Chicken Chop ada dua jenis, goreng dan panggang. 


Nasi Goreng Chicken Chop Indah. Selain ayam, ada jugak Nasi Goreng Lamb Chop. Ni Ilham makan tapi lupa nak ambil gambar. 


Olio Seafood Angah.


Angah dan Olio Seafood. Rasa spaghetti okey jugak, tidak mengecewakan.


Sk pesan Spaghetti Bolognese. Selambak spaghetti dia. Walaupun rasa bolognese tu tak berapa rasa bolognese, tapi daging dia banyak ya.


Mushroom Soup ni datang dengan tiga keping roti.


Dia guna roti sandwich aiskrim tu, sedap.


Iman dan PI makan Nasi Goreng Daging. Nasi guna beras basmathi, menimbun dalam pinggan, daging pun banyak. Nasi goreng betul-betul sedap. Patutlah tempat ni selalu full house. Izzat dan Abang Jamal pun makan NGD.


Dua beranak tu makan tak habis, kumpulkan masuk dalam bekas polisterin ni bawa balik. Nampak tak, dalam bekas ni pun menimbun jugak nasi gorengnya, punyalah banyak. 


Terima kasih, Cik Ani belanja. Semoga Allah swt tambahkan lagi rezeki dalam bentuk wang yang banyak lagi halal dan kesihatan yang baik, panjang umur dan dijauhkan dari segala kejahatan di dunia dan dikurniakan syurga oleh-Nya.


Aminnnn Ya Robbal Alamiiinnn.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. laaa saya ingat cikwa yang bongsu..rupanya cik ani adik bongsu

    ReplyDelete
  2. Selamat ulang tahun Cik Ani. Seronoknya birthday girl belanja. semoga bertambah tambah rezeki Cik Ani. Aamiin…

    ReplyDelete
  3. Happy birthday. Semoga yang baik2. Banyak portion memang tak habis makan tu.

    ReplyDelete
  4. Sanah helwah buat Cik Ani 🎈
    Banyak betul NGD tu, dah masuk polistrin pun macam belum berusik.

    ReplyDelete
  5. semua nampak sedap.... happy bday utk cik Ani

    ReplyDelete
  6. Wahh ada chicken chop lahh. Sedapnyeee..
    Btw sy singgah dan follow sis.
    Salam ukhwah ye.

    ReplyDelete
  7. Sanah helwah Cik Ani yang manis.
    Nak melamar Cik Ani jadi adik angkat, sudi ke?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!