MAKAN DI ME'NATE STEAK HUB SEMPENA HARI JADI PAK INCHE

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 



30 APRIL 2025 merupakan tarikh ulang tahun kelahiran PI. Iman belanja aiskrim Baskin Robbins sorang satu scoop saiz regular. Sebenarnya PI request Kek Baskin Robbins tapi Iman kata, sama aje kek dengan aiskrim, baik beli aiskrim. Lagipun kek BR keras, hahahaha. 


Kalau sebelum-sebelum ni PI pilih Seafood Restaurant, tahun ni dia kata nak makan steak kat Me'nate Steak Hub. Tapi, dia ada jugak la cakap, boleh jer makan steak kat NLSB. Hurmmm.. nasib baik la mak mentua beranakkan PI hujung bulan.


Iman baru balik sempena cuti pertengahan semester.


Angus Striploin 250 gms, RM113.00 untuk birthday boy, dagingnya begitu lunak sekali. 


Hirisan daging pertama dia suap ke kita. Jarang-jarang berlaku ni.



Fish & Chips untuk TTK, RM39.90.


Pizzadillas, RM23.90

Sedap, crustnya nipis, topping dia pun letak banyak cheese.


Iman makan Mamamia Beef Carbonara Beef Pasta, RM23.90. Ni pun sedap.



Full house ya restoran semalam, dapat duduk seat luar tapi selesa juga dan tak panas sebab banyak kipas.


Dengan setiap pesanan steak, percuma cordial drinks, free flow pulak.


Total RM233.75. Syukur selalu.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Happy birthday PI. Semoga yang baik2 aje.

    ReplyDelete
  2. Wah birthday PI...Me'nate mana- mana memang full house..seremban pun sama..

    ReplyDelete
  3. Happy Birthday PI 🎈
    Food semuanya menarik la...
    Tak pernah try Me'nate ni tp kata org mmg sedap kan makanan di sini

    ReplyDelete
  4. Sedapnya, tengok steak dan hidangan yang lain. 😋

    ReplyDelete
  5. Mujur dah gaji kan. Tepat pada masanya Pak Inche lahir. Hehe… sesekali why not. Amboihhh Pak Inche pun nak sweet sweet gak tu. Happy Birthday Pak Inche’ . Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, sihat selalu. Aamiiin…

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!