Assalamualaikum WBT
SABTU lepas, Sk dan Pak Inche memenuhi jemputan Walimatulurus sahabat lama PI di Muar. Cerita pasal makan kenduri, kita cerita nanti eh, ni cerita sebelum makan kenduri, sehari sebelumnya kami dah bertolak ke Muo, haiii.. macamlah jauh sangat, kan, hahaha. Macam biasa, tak Muo la kan, kalau tak jalan-jalan cari makan dan destinasi wajib jjcm tentunya Medan Selera Asam Pedas Parit Jawa.
Disebabkan kami sampai pun dah agak petang, sayur pun dah habis. Mujurlah ulam timun, sambal belacan dan telur dadar masih ada lagi.
Itupun cuma tinggal ikan siakap. Kami hampir kecewa sebab yang tinggal kepala ikan sahaja tapi nasib baik masih ada bahagian ekor cuma kena tunggu dia masak sekejap. Kali ni kuah asam pedas pekat sikit, mungkin sebab dah petang jadi kuah tu dah lama dipanaskan dan dah mesra.
Cepat jugak semuanya ini terhidang termasuk dua gelas ais limau. PI makan asam pedas wajib letak kicap. Sk pulak tak suka, sebab nanti rasa kuah asam pedas tu berubah lagipun ibu dulu marah eh kalau dia kata dah masak sedap-sedap lepas tu kami letak kicap, memang tak berani laaa, hahaha. Masa nak bayar, terkejut bila kakak tu sebut doploh, siap Sk ulang balik untuk kepastian, doploh??? Hahahaha. Mesti kakak tu pun terkejut, PI lagi laaa.. siap ternganga. Mana nak dapat uiii makan macam ni kat Johor (JB), RM20, huhuhu.
Doploh okaylah tu
ReplyDeleteuik murahnya..maybe sebab dah petang kot...
ReplyDeleteIkan siakap masak asam pedas cuma RM20, memang murah. Rezeki orang datang lambatlah tu 😀
ReplyDeleteEhh…saya sama macam ibu Sk, dok marah laki kalau dia makan letak kicap 😂
Tapi sekarang saya dah batalkan larangan tu, selepas lebih 20 tahun kawin 🤣
Untung la Pak Yahya.... Ada regular kastemer
ReplyDeleteDengan kita² pun terkejut SK 😂
ReplyDeleteKenapalah Muo tu bukan dekat Selangor eh ? Hahaha
Murah sangat berarti yaa kak 🤤🤤🤤. Issh teringiiin sangaaat kesanaaaaa. Kadang memang lah, kalo pergi ke area luar kota, lalu kaget lihat harga makanan, murah sangat. Yg tak mungkin dpt di jakarta atu kota besar lain 😂
ReplyDeleteWahh asam pedas favourite jugak ni. Kena masukkan dalam list ni. Rare betul makan asam pedas tambah kicap.
ReplyDelete