MAKAN @ PAK YAHYA ASAM PEDAS LAGI

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 



SABTU lepas, Sk dan Pak Inche memenuhi jemputan Walimatulurus sahabat lama PI di Muar. Cerita pasal makan kenduri, kita cerita nanti eh, ni cerita sebelum makan kenduri, sehari sebelumnya kami dah bertolak ke Muo, haiii.. macamlah jauh sangat, kan, hahaha. Macam biasa, tak Muo la kan, kalau tak jalan-jalan cari makan dan destinasi wajib jjcm tentunya Medan Selera Asam Pedas Parit Jawa.



Kalau sebelum ni Sk bawa pembaca ke Kedai Asam Pedas Pakcik Daud, kali ni kita rujuk semula dengan Asam Pedas Pak Yahya. Sk pun dah tak ingat berapa kali dah makan di gerai Pak Yahya ni.


Disebabkan kami sampai pun dah agak petang, sayur pun dah habis. Mujurlah ulam timun,  sambal belacan dan telur dadar masih ada lagi.


Itupun cuma tinggal ikan siakap. Kami hampir kecewa sebab yang tinggal kepala ikan sahaja tapi nasib baik masih ada bahagian ekor cuma kena tunggu dia masak sekejap. Kali ni kuah asam pedas pekat sikit, mungkin sebab dah petang jadi kuah tu dah lama dipanaskan dan dah mesra.


Cepat jugak semuanya ini terhidang termasuk dua gelas ais limau. PI makan asam pedas wajib letak kicap. Sk pulak tak suka, sebab nanti rasa kuah asam pedas tu berubah lagipun ibu dulu marah eh kalau dia kata dah masak sedap-sedap lepas tu kami letak kicap, memang tak berani laaa, hahaha. Masa nak bayar, terkejut bila kakak tu sebut doploh, siap Sk ulang balik untuk kepastian, doploh??? Hahahaha. Mesti kakak tu pun terkejut, PI lagi laaa.. siap ternganga. Mana nak dapat uiii makan macam ni kat Johor (JB), RM20, huhuhu.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. uik murahnya..maybe sebab dah petang kot...

    ReplyDelete
  2. Ikan siakap masak asam pedas cuma RM20, memang murah. Rezeki orang datang lambatlah tu 😀

    Ehh…saya sama macam ibu Sk, dok marah laki kalau dia makan letak kicap 😂
    Tapi sekarang saya dah batalkan larangan tu, selepas lebih 20 tahun kawin 🤣

    ReplyDelete
  3. Untung la Pak Yahya.... Ada regular kastemer

    ReplyDelete
  4. Dengan kita² pun terkejut SK 😂
    Kenapalah Muo tu bukan dekat Selangor eh ? Hahaha

    ReplyDelete
  5. Murah sangat berarti yaa kak 🤤🤤🤤. Issh teringiiin sangaaat kesanaaaaa. Kadang memang lah, kalo pergi ke area luar kota, lalu kaget lihat harga makanan, murah sangat. Yg tak mungkin dpt di jakarta atu kota besar lain 😂

    ReplyDelete
  6. Wahh asam pedas favourite jugak ni. Kena masukkan dalam list ni. Rare betul makan asam pedas tambah kicap.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!