MENGINAP 3H2M @ ZENITH HOTEL KUANTAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
13

 Assalamualaikum WBT 


BERANGAN nak qada tidur masa cuti Hari Wesak tapi kena melayankan angan-angan PI pulak nak jalan-jalan ke Kuantan. Musim bola tengah berehat ni memang tak reti duduk kat rumah la ya. Bosan agaknya asyik layan filem Tamil kat rumah, heheheh.


Kali ni PI pilih menginap di Zenith Hotel. Ini kali kedua kami menginap di sini, antara hotel yang best di Kuantan sebab hanya perlu menyeberang jalan untuk ke pusat beli belah East Coast Mall. Ia juga satu-satunya hotel 5 bintang di Kuantan.


Lobinya terlalu luas dan set sofa ruangan menunggu pun banyak. Sk tak pasti kenapa penginapan sebelum ni tak ada dalam old post, mungkin jugak zaman tu zaman mood untuk menulis meredum. Aaa.. memang ada satu zaman para bloggers kena writers block sampai blog masing-masing bersawang, hahaha.


Bilik kami di aras 8, nombor bilik 801 dekat dengan lif dan di sudut bangunan (corner lot). Jangan ingat rumah aje ada corner lot, bilik hotel pun ada corner lot jugak, hahaha. Untuk penginapan dikenakan cash deposit RM200 ya. 


Dalam gambar nampak besar tapi tak lapang sebenarnya sebab banyak perabot dan bentuk bilik yang bersegi-segi, bukan segiempat. Ruang solat pun ngam aje. Tilam dan bantal dia syok, letak kepala terus tenggelam sampai rasa nak bawa balik, hehehe. Cuma pendingin hawanya kurang dingin terutama bila siang. 


Sofa ni buat bilik makin sempit, hahahah. Disebabkan kedudukan bilik ni di sudut bangunan, jadi kami dapat dua pemandangan iaitu East Coast Mall di sebelah kiri dan pemandangan bandar serta rumah penduduk di sebelah kanan.


Ada kelainan la rekabentuk bilik dengan kebanyakan hotel, cuma ia makan ruang. Di sebelah kiri ni pintu gelongsor untuk ke bilik air. 


Kelengkapan mandian.


Ada bath tub dan ruang pancuran berasingan. Bath tub dia suci murni, mesti house keeping dia rajin.


Seterika dan papan penggosok pun ada.


Kelengkapan mengopi dan mengeteh.


Tiga jenis teh dan kopi, tak kedekut gula dan creamer.


Petang tu kami seberang jalan ke East Coast Mall. PI pergi ATM, ATM pulak sebelah dengan butik Cristy Ng. Sementara tunggu PI cucuk wang, Sk sajalah masuk dan terberkenan pulak dengan tote bag ni.


PI tanya, nak ke? Laju-laju kita angguk, dapatlah bawa balik seketul, hehehe. 


Lepas tu, PI ajak mengopi di Kemaman Kopitiam.




Sk makan Nasi Dagang Gulai Tongkol. Nasi Dagang ni dia dah siap bungkus daun pisang dan letak di kaunter.


PI makan Hokkien Mee, ia macam Mee Hailam sikit dari segi rupa dan rasa.


Kira makan malam terus la ni.


Jangan percaya la... pukul 9.30, PI dah mengadu lapar. Nak keluar semula malas, jadi kita pesan grab aje la.


Sarapan pagi di hotel, ni pinggan PI, nasi minyak dan ayam masak kurma serta acar jelatah.


Sk tentulah ambil menu western. Ambil salad, dia letak sepokok-sepokok dekat buffet line tu ya, kena kerat sendiri. Lepas tu ambil la tomato panggang, kentang panggang, kacang panggang semua, rupa-rupanya sosej tak ada.


Ambil bihun goreng putih dan nasi minyak sikit. 


Lempeng sambal tumis, France Toast dan rojak.


Lif banyak tapi lembab ya. Kebetulan pulak masa kami menginap ni ada sambutan Hari Jururawat Se-Malaysia dibuat di sini.


Naik bilik dan jenguk bawah, ramainya orang tengah mandi-manda kat kolam. Nampaknya juga pihak hotel memberi kelonggaran kepada tetamu, tidak perlu pakai pakaian renang.


Pukul 2 baru nak keluar makan, ingat nak singgah mengopi dulu dekat Rona Birdy ni sebelum makan makanan berat.


Tapi, panas berdenting, tak sanggup, hahaha. Tempat memang cantik ya nak ootd.


Keluar cari tempat makan lain yang berbumbung, kedai pertama tak ada lauk kari, kedai kedua pun tak ada lauk kari. Bukan tak ada agaknya, tapi dah habis. Kedai ketiga baru jumpa gulai kawah. Tapi, Sk tak ambil gulai kawah, Sk ambil cencaru air asam dengan sayur sawi aje. PI la makan lauk gulai kawah.


Lepas makan, jalan-jalan ke Beserah dan singgah Pantai Batu Hitam ni. Dah ada port ICT (ikan celup tepung) rupanya kat sini.


Tapi, mak aihhhh.. beratur panjang sungguh. Nasib baiklah kenyang tapi syok jugak tengok orang makan seafood celup tepung.


Mula duduk-duduk aje, lepas tu.. meh la kita beli air jer. Nak beratur beli ICT memang tak sanggup lagipun masih kenyang makan nasi.


PI mintak Limau Ais. Eh, apa barang minum Limau Ais tepi laut, kita pilihkan dia Pineapple Mojito.


Sk punya, Keladi Layer. Perghhh, rasa kentut, tobat lahum! Dia letak pes keladi tu banyak sangat kot. Selalu makan aiskrim perisa keladi sedap aje.


Agaknya, baru buat tempat ni, dulu pernah datang tak ada apa-apa, pantai aje.


Ada orang oku jual jajan, kita kata tak nak, dia letak jer atas meja sambil tunjuk lanyard kod QR yang tergantung kat leher dia. Kesian pulak, nasib baik RM5 jer padahal keropok tu entah-entah RM1.50 aje, sabar aje laaa.


Hari akhir sarapan di hotel. Ada nasi hujan panas dan kari ayam. Semalamnya ada lempeng, esoknya jemput-jemput. Ada kuih-kuih talam jugak. Yang dalam cawan tu, teh tarik.


Sk makan Bihun Sup pulak.


Bihun sup banyak condiments.


Ambik pastries banyak sebab sedap. Lepas tu.. ytjt.


Dekat sini ada pasta jugak, semalamnya ada Aglio Olio Spaghetti, Sk tak ambil sebab nampak kosong. Esoknya, Sk tanya PI, hari ni ada pasta apa? PI jawab, yang macam usus tu. Sk puas fikir, lepas tu pergilah tengok, laaa.. makaroni. 


Selalu kalau staycation jauh-jauh ni, lepas breakfast terus check out tapi kali ni santai-santai aje, tengahari baru check out. Kitorang kalau jalan memang bawa sorang satu eh luggage, senang nak bawa baju satu almari, kemas pun masing-masing, senang, hahahaha. 

Post a Comment

13Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Luas betul swimming pool dia...
    PH pun tak berani nak beli air keladi sembarangan, takut dapat yg rasa pelik² huhu

    ReplyDelete
  2. Syoknya Sk jalan-jalan santai gini. Singgah makan-makan sana sini tu syok.
    Dah terlalu lama saya tak ke Kuantan.

    Sementara PI cucuk duit, Sk masuk butik.
    Sk dah lama rancang, PI yang lalai 🤣

    ReplyDelete
  3. Hahaha... makaroni macam usus ye.. Suami saya kata macam nut basikal... Zaman sekarang macam dah tak jumpa dah nut basikal. Kalau suami tanya "Nak ke?" maknanya dia ada bajet... dan wajib lah nak kannn...

    ReplyDelete
  4. Lama tak stay Zenith. Syok situ senang nak pi shopping mall depan je.

    ReplyDelete
  5. Syoknya, hotel besar, depan shopping complex, dapat totebag baru, makan sedap-sedap. Alhamdulillah. Tergelak baca, rasa air macam kentut.

    ReplyDelete
  6. Cari gambar toilet dia takde pulok

    ReplyDelete
  7. tergelak saya baca air keladi rasa kentut..haha..macam mana la rasanye tu ya

    ReplyDelete
  8. Tengok gambar-gambar di sini terasa diri ini berada di situ.
    Bestnya dapat merehatkan diri.

    ReplyDelete
  9. adoi tergelak yang rasa kentut tu. akak pernah rasa ke hahahaha

    ReplyDelete
  10. Gelak besar SA PI sebut pasta usus...hahahahaha...apesal mahal nau deposit cash RM200, apekah sebab dia 5 bintang?

    ReplyDelete
  11. Orang dah ajak, rugi kalau tolak. hihi..Best jugak hotel ni. Bathtub dan shower okay, kalau sekali tu macam tak best. Paling seronok dapat JJCM. Dia mana boleh duduk saja, kena ada minum juga baru ngam lepak. Untunglah dapat bawa balik beg cantik.

    ReplyDelete
  12. Hahahahahaha macam mana lah rasa kentut itu kak 🤣🤣🤣. Tergelak saya langsung. Saya pikir sedap loh, nampak tempting sangat air keladinya 🤣😄.

    Saya awalnya sukaaa dengan deskripsi hotel ini. Apalagi bintang 5. Tp bab kakak sebut ac tak dingin saat siang, langsung kecewa sikit lah 😄😄. Saya tak bisa pula kalo ac tak dingin, terlebih siang. Syarat nomor 1 bagi saya, ac wajib dingin 😅

    ReplyDelete
  13. Lama pulak tak makan ICT. Rona Birdy tu, tak tau pun wujudnya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!