Assalamualaikum WBT
ISNIN lepas, Sk buat pesanan tiramisu dari Manessbymar secara online. Tahu pasal tiramisu Manessbymar ni dari threads. Penghantaran dibuat menggunakan grab express. Alang-alang pesan dua ketul terus.
Sebekas ni RM17, tapi Manessbymar ada buat promo, cuma RM15 sekotak, kecil sikit dari tapak tangan, 11cm x 6cm. Hari isnin tu terus makan satu, nampak comel tapi tak habis, bawa balik. Dah dua hari baru sambung makan habiskan.
Sekotak lagi tinggal dalam esbox kat office, ni la baru nak makannya. Risau jugak takut rosak, tapi okey, masih sedap. Tiramisunya tak manis sangat, lemak-lemak gitu. Sesuailah bagi anda yang tak suka manis.
Kena habiskan sebab esok dah cuti, takkan nak tinggalkan dalam esbox sampai minggu depan pulak, hahaha.
Biskut Lady fingers ni dicelup dalam kopi zus ya. Manessbymar juga menggunakan 100% mascarpone cheese. Dia ada buat dalam saiz besar jugak, baru RM35. Tapi bagi Sk, better ambil saiz yang Sk beli ni, senang makan satu-satu atau kalau berdua, bahagi sorang satu, hihi.
Warga JB, boleh pergi akaun thread beliau di bawah kalau rasa nak makan tiramisu sedap.
tk pernh lg try tiramisu yg guna mascarpone cheese tu yg nk try...tp blum dpt lg...size kecik lg best sbb harga pn ok
ReplyDeleteMuncul lagi dessert tiramisu ni. Macam kena cari dan try jugak ni. Dua tiga hari ni asyik lalu je tiramisu ni.
ReplyDeleteMemang tengah trend kan tiramisu ni. Ramai jual
ReplyDeleteMusim tiramisu ni semua orang duk mencari.
ReplyDeletesedapnya! Lemak berkrim, disukai ramai!
ReplyDeleteElok ada saiz kecik, sesuai utk buat raso². Kalau kena dgn selera boleh repeat beli yg besar pulak :)
ReplyDeleteTiramisu tengah viral kah?
ReplyDeleteSedapnya tiramisu. Terasa di tekak ni SK.
ReplyDeleteviral tiramisu skrg ni...x ingat, pernah makan ke idok..oklah, tk manis sgt..
ReplyDeleteFenomena tiramisu sekarang ni ye. Pernah beli yang saiz besar tapak tangan macam ni. Okaylah buat rasa-rasa. Tak manis tu okay sangat lah kan.
ReplyDelete