TIRAMISU BY MANESSBYMAR

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT 


ISNIN lepas, Sk buat pesanan tiramisu dari Manessbymar secara online. Tahu pasal tiramisu Manessbymar ni dari threads. Penghantaran dibuat menggunakan grab express. Alang-alang pesan dua ketul terus.



Sebekas ni RM17, tapi Manessbymar ada buat promo, cuma RM15 sekotak, kecil sikit dari tapak tangan, 11cm x 6cm. Hari isnin tu terus makan satu, nampak comel tapi tak habis, bawa balik. Dah dua hari baru sambung makan habiskan.


Sekotak lagi tinggal dalam esbox kat office, ni la baru nak makannya. Risau jugak takut rosak, tapi okey, masih sedap. Tiramisunya tak manis sangat, lemak-lemak gitu. Sesuailah bagi anda yang tak suka manis.


Kena habiskan sebab esok dah cuti, takkan nak tinggalkan dalam esbox sampai minggu depan pulak, hahaha.


Biskut Lady fingers ni dicelup dalam kopi zus ya. Manessbymar  juga menggunakan 100% mascarpone cheese. Dia ada buat dalam saiz besar jugak, baru RM35. Tapi bagi Sk, better ambil saiz yang Sk beli ni, senang makan satu-satu atau kalau berdua, bahagi sorang satu, hihi. 

Warga JB, boleh pergi akaun thread beliau di bawah kalau rasa nak makan tiramisu sedap.

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. tk pernh lg try tiramisu yg guna mascarpone cheese tu yg nk try...tp blum dpt lg...size kecik lg best sbb harga pn ok

    ReplyDelete
  2. Muncul lagi dessert tiramisu ni. Macam kena cari dan try jugak ni. Dua tiga hari ni asyik lalu je tiramisu ni.

    ReplyDelete
  3. Memang tengah trend kan tiramisu ni. Ramai jual

    ReplyDelete
  4. Musim tiramisu ni semua orang duk mencari.

    ReplyDelete
  5. sedapnya! Lemak berkrim, disukai ramai!

    ReplyDelete
  6. Elok ada saiz kecik, sesuai utk buat raso². Kalau kena dgn selera boleh repeat beli yg besar pulak :)

    ReplyDelete
  7. Sedapnya tiramisu. Terasa di tekak ni SK.

    ReplyDelete
  8. viral tiramisu skrg ni...x ingat, pernah makan ke idok..oklah, tk manis sgt..

    ReplyDelete
  9. Fenomena tiramisu sekarang ni ye. Pernah beli yang saiz besar tapak tangan macam ni. Okaylah buat rasa-rasa. Tak manis tu okay sangat lah kan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!