AYAM GORENG MASAK LEMAK CILI API

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT 


SEBELUM balik ke rumah minggu lepas, awal-awal Iman dah minta masakkan lauk Ayam Goreng Masak Lemak Cili Api. Satu-satunya lauk permintaan dia, nampak macam senang tapi beberapa hari jugak baru ada masa nak masakkan untuk dia. Untuk PI, Sk ingatkan nak masakkan Sambal Ayam sebab PI kan tak minat masak lemak.  Eh, sekali dia kata, tak apa, dia makan jer masak lemak. 



Ikut resipi Ayam Goreng MLCA Khairul Aming. Sebelum ni pernah masakkan sekali, tapi masa tu derhaka letak daun limau purut, kali ni sanggup singgah kedai beli daun kunyit,  hehehe.


Resipi Ayam Goreng Masak Lemak Cili Api (MLCA)

Bahan-bahan:

Beberapa ketul ayam, perap garam kunyit dan digoreng tiga perempat masak.

Segenggam cili api
1" kunyit hidup
1 bawang besar
5 ulas bawang putih
2 helai daun kunyit
1 kotak kecil santan (200ml)
Garam
Air secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis


Cara Memasak:


1. Kisar cili api, kunyit hidup, bawang besar dan bawang putih hingga lumat.

2. Panaskan minyak dalam periuk,  tumis bahan kisar hingga sedikit garing.

3. Ambil sedikit santan, cairkan dengan sedikit air, masukkan dalam periuk.

4. Apabila mendidih, masukkan ayam, garam, asam keping dan daun kunyit.

5. Akhir sekali, masukkan baki santan kotakbiarkan ia mendidih lagi sekali. 

6. Masukkan tomato dan tutup api.




Sk masak ni dua ketul bahagian ayam whole leg, supaya tak ada siapa yang berebut peha ayam ni, hehehehe. Oh, Sk perati jer orang yang kata boleh makan MLCA tu, letak kicap banyak-banyak dalam nasi. Sabar aje laaaa.
Tags

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. PI dah macam suami SA la...letak kicap makan MLCA, sebabnya dia terliur nampak sedap bila Dania buat cenggitu...

    ReplyDelete
  2. Ooo... goreng ayam dulu. Nanti kita try.

    ReplyDelete
  3. Macam sedap je olahan masakan lemak cili api macam ni. Ayam digoreng dulu baru dimasak bersama santan. Boleh cuba resipi KA ni. Lagi sedap tu letak daun kunyit. Aroma penambah selera.

    ReplyDelete
  4. Tengok je pun kecur air liur. Sedapnya.

    ReplyDelete
  5. Patutlah sana sini buat MLCA guna ayam goreng, rupanya resepi KA.
    Ok jugak kan sesekali tukar cara, taklah sama je hasil masakannya.

    Letak kicap banyak-banyak tu sebab tak tahan pedas atau tak mau rasa MLCA? 😄

    ReplyDelete
  6. Cuba trylah buat sup ayam goreng pulak

    ReplyDelete
  7. kesan Khairul Aming di mana-mana!

    ReplyDelete
  8. org kata kalau goreng ayam dulu nanti lauk lambat basi...

    ReplyDelete
  9. saya kalau masak lemak ayam, memang letak daun limau purut. tak suka letak daun kunyit.

    ReplyDelete
  10. Saya kalau paha memang hanya suami yg suka. Jadi tak pernah berebut hahahaha. Saya dan anak2 lebih suka bagian lainnya yg penting bukan paha. Dah lama juga tak makan MLCA.. sedaap lah, biasa kalo di Penang saya makan di rumah makan Melayu langganan saya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!