MAKAN-MAKAN DI HARI RAYA AIDILADHA

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT 



RASANYA masih belum terlambat bagi Sk untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pembaca Alam Sari Di Tanah Jauhar - ole-ole dari Selatan. Tahun ini seperti tahun lalu jugak, Sk sekeluarga berhari raya di Tanah Jauhar. Pagi raya berhari raya di rumah sendiri, tengahari ke rumah Angah dan malam ke rumah Cik Ani.


Dah beberapa hari PI menyuarakan nak makan Soto Ayam letak ayam banyak-banyak dengan kulit dan tulang ayam sekali maka terjadilah soto bidan terjun tak cukup syarat ni di malam raya. Tapi ni mangkuk Sk la, mangkuk PI yang banyak isi ayam, kulit ayam dan tulang ayam, tak dan nak ambil gambar. Tauge, suhun goreng dan daun sup pun tak ada, apatah lagi bergedil, hahaha. Sk buat nasi impit pun on the spot, PI macam selalu la, makan bihun soto.


Pagi raya, Sk merendang ayam. Rendang daging frozen masa raya puasa hari tu masih ada, jadi tinggal perangat termasuklah sambal kacang frozen. PI beli jugak ketupat palas frozen sekilo.


Buat rendang ayam ni sebab Iman beritahu ada tiga orang kawan dia tak balik raya, terus PI beli ayam dua ekor suruh masak rendang. Lepas tu, Iman kata, masakkan nasi putih aje, tak perlu ketupat palas atau ketupat nasi. Bawa jugaklah rendangnya ke Senai, bukanlah semua hantar kat kawan Iman, hehehe. Tahun ni hantar aje kat U, tak jemput datang raya macam tahun lepas, hehehe.


Cik Ani tempah burasak dan loi. Raya puasa lepas tak jumpa burasak, kali ni sukalah Iman dapat makan burasak dengan asam pedas.


Asam pedas Cik Ani masak.


Angah plan nak buat lontong tapi yang terjadi soto daging. Bagus jugaklah sebab PI kan tak makan lontong.  Soto Angah cukup syarat serba serbi 7 berdiri.

Nasi impit/ Bihun ✅️
Tauge ✅️
Suhun goreng ✅️
Daun sup ✅️
Bawang goreng ✅️
Bergedil ✅️
Sambal kicap ✅️


Nanti kita cerita makan-makan kat rumah Cik Ani pulak 😋

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ooo soto lengkap 7 berdiri ye. Tak perasan pula selama makan soto ada berapa jenis bahannya.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya soto. Selamat hari raya Aidiladha.

    ReplyDelete
  3. Soto serba lengkap 7 berdiri ke, kurang lengkap ke, tetap nampak sedap dan ada usaha tu. Nyum nyum...

    ReplyDelete
  4. Salam Aidil Adha buat SK sekeluarga...dah ucap ke belum lupa dah 🤭
    Sedapnya soto! Kena cari kerajinan ni nak menyoto juga :)

    ReplyDelete
  5. salam aidiladha..soto ada begedil mmg mantop

    ReplyDelete
  6. Rasanya tak terlambat juga untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk akak dan keluarga. Dan dan tu siap sotonya. Tak cukup bahan takpe, janji ada rasa dia tu. Tapi tak apa, soto Angah dapat cover semula soto tak cukup syarat tu. hihi...
    Teringin nak makan burasak. Tak jumpa pula burasak di Segamat. Kena pergi belah-belah selatan Johor lagi agaknya kot kan.

    ReplyDelete
  7. Adik SA pun ada buat soto dan bihun soto...eh..x share lagi la rasanya...

    ReplyDelete
  8. tuuu diaaaa burasaknya membuncit cantikkkk puas makan tuuuu

    sedapnya soto... sy dah terbayang lepas hirup sup pedas trs cari kipas dan air sejuk hhahaha

    ReplyDelete
  9. Suka lihat burasaknya .. saya paling suka kalo burasak tipis macam tuh, tapi rasa gurih nya dah dapat sangat. Kalau di sini disebut buras. Dan biasanya dimakan dengan Konro atau Coto Makassar. Coto itu semacam soto juga tp banyak rempah dipakai.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!