MAKAN DI RESTORAN SAYAM STULANG LAUT

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 


HUJUNG minggu hari berehat.. tapi, rehat ke? Heheheh. Hari ni tak rajin nak keluar sarapan, jadi kita masak nasi goreng dan telur separuh masak, bancuh teh o panas satu teko. Hujan pulak tu dari awal pagi. Kuat bunyi hujan dengar dari awning rumah jiran kiri kanan. Jadi, lebih baiklah sarapan di rumah aje. Lepas sarapan, kemas dapur, sambung pulak lipat kain dan gantung baju dua bakul, hehehehe. Lepas tu, mop rumah rumah pulak dari hujung pintu depan sampai hujung dapur, aaa.. shiappp!



Cerita khamis lepas, PI dah makan nasi siang tapi dia kata lapar nasi jugak malam. Ajak makan di Restoran Sayam. Aisehhh.. dah berapa kali sebenarnya dia sebut nak makan dekat Sayam ni. Jadi, jomlah kita!


Restoran Sayam ni wujud dah berpuluh tahun kat Tanah Jauhar ni. Masa Iman kecik-kecik dulu, kalau rasa nak makan tomyam, lepas PI balik kerja, kami ke sini menapau. Tapi, kami ke cawangannya di sebelah belakang yang mengadap apartmen dekat Stulang Laut tu. Masa tu ada satu lagi yang mengadap surau flat Stulang Laut. Tapi, dah lebih 10 tahun kami ke gerai yang mengadap surau ni. Yang sebelah sana rasa macam dah tak ada. Ada satu lagi cawangan dekat dengan Taman Dahlia, tak silap.


Wajib pesan Kerabu Mangga. 



Siakap Tiga Rasa (masam, manis, pedas), minta extra pedas dan kuah lebih. Magik betul, dalam 6 minit dah sampai kat meja. Sk rasa dorang memang sentiasa goreng ikan dan sos tu dah masak banyak-banyak sebab lauk ni sentiasa ada permintaan.


Sup sap sup sap, semua dah siap. Bagus pekerja yang hantar makanan ni susunkan atas meja. Ada jer yang tak pandai, asal letak aje kat tepi meja.



Datang berdua tapi pesan makanan macam datang bertiga. Itu nasib baik tak pesan udang. Tapi okeylah, sebab dah ada udang dalam tomyam.



Kali ni pesan tomyam putih. Sedap, tapi kalau lebih masam mesti lagi sedap. Leka pulak menghirup kuah tomyam ni.


Sotong goreng tepung pun wajib.


Baby Kailan Goreng dia buat betul. Kadang ada jugak terbabas kita order biasa punya tapi dia letak ikan masin.



Total, RM96 tolak RM4 sebab Sk minta jus nenas tapi nenas habis. Terpaksalah minum ais kosong jer, hehehe.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Terliur tengok makanan nampak semua sedap.

    ReplyDelete
  2. Kerabu mangga, sotong goreng tepung dengan siakap tiga rasa tu memang mengancam selera! Kalau ada depan mata ni nak ratah saja sampai habis!

    ReplyDelete
  3. Bestnya kalau makanan cepat siap. Semua nampak sedap.

    ReplyDelete
  4. Productive betul pagi minggu SK 👍🏻👍🏻👍🏻
    Bagus pelayan tu susun elok² senang nak ambil gambar hihi.... Kadang heran juga bila orang hantar air ke makanan, main letak je... Paling risau kalau masakan panas, dihala ke tempat ada budak² . Ghisau!

    ReplyDelete
  5. Mana pernah rehat pun kat rumah kan. Ada je kerjanya tak pun tiba tiba ajak keluar. hihi..menu-menu pilihan yang macam biasa tu tak pernah mengecewakan kan. Sedap betul lauk pauknya.

    ReplyDelete
  6. punya banyak lauk tu semua total RM96? Murah betul tu SK...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!