Assalamualaikum WBT
HARI Isnin, PI terima sumbangan daging korban dari pejabat Menteri Besar Johor. Sk terus terbayang masakan Daging Goreng Belengas yang viral tu. PI pulak mintak masakkan daging kicap. Haishhh.. tak habis-habis dengan daging kicap dia.
Daging dipek dalam bekas macam ni. Campur-campurlah bahagian berlemak dengan daging lain. Sk ambil sikit untuk masak kicap PI dan banyak untuk masak Belengas, hehehe.
Mula-mula kena rebus dulu daging dalam kuali sehingga airnya kering dan daging empuk, kemudian masukkan serbuk kunyit dan garam. Sk masukkan garam sikit aje sebab nanti nak letak sos-sos takut masin. Lepas dah gaul rata garam kunyit, tolak daging ke tepi, kemudian tuang minyak masak, tumiskan bawang putih dan halia.
Selepas tu, masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap lemak manis, kacau rata.
Akhir sekali masukkan bawang besar potong bulat dan cili api dibelah dua. Resipi asal ada carrot tapi Sk tak ada stok. Gula pun Sk skip jugak, resipi asal ada gula. Sedap ya makan dengan nasi panas, tak payah ada kuah tak apa, hehehe.
Daging kicap PI ni bolehlah masuk sekali rasa dia, PI kan hantu kicap!
Sedapnyaaaa...kita pun nak buat macam ni la...tapi semalam baru makan daging ada lagi baki banyak dalam fridge
ReplyDeleteSemalam dah buat.. Tapi, tak ikot versi asal pun.. Janji berlengas... Hahaha..
ReplyDeleteAiseyman dia dah buat la ahak!
ReplyDeletePH skip dulu menu daging, pakat nak ayam & ikan pulak :)
Sejak viral belum pernah lagi try menu daging belengas tu.
ReplyDeleteSuami request Daging masak kicap gak. Dah buat jugak....Hehe
ReplyDeleteSana sini asyik tengok orang share daging berlengas. Eh, nak kena cuba juga ni.
ReplyDeleteSangat sedap. Nak masak pun senang. Daging korban level lain ni, pek dalam bekas ada sticker lagi tu.
ReplyDeleteSy x try lg resepi berlengas ni.. ok nexttt
ReplyDeleteNampak sedap tu kak, nak cuba jugak lah buat dengan daging korban yang dapat aritu
ReplyDeleteIngatkan orang jawa je hantu kicap ni... orang utara pun hantu kicap rupanya nya...
ReplyDeleteYana cakap juga resepi ni, nantilah buat, ada 4kg lagi daging dalam esboix tu haaa
ReplyDeletehahaha semalam sy nampak video penjual nasi lemak malam yg jual daging belengas ni... nnt nak msk juga laa sbb nampak sedapppp
ReplyDeleteSaya lagi mengumpulkan lah nih resep2 utk masak daging kurban. Tapi blm lihat lagi kemarin dapatnya apa 🤣. Kalo bagian dalaman memang saya tak bisa masaknya.
ReplyDeletefav daging goreng belengas
ReplyDelete