DAGING GORENG BELENGAS

Seri Kandi Tanah Jauhar
14

 Assalamualaikum WBT 


HARI Isnin, PI terima sumbangan daging korban dari pejabat Menteri Besar Johor. Sk terus terbayang masakan Daging Goreng Belengas yang viral tu. PI pulak mintak masakkan daging kicap. Haishhh.. tak habis-habis dengan daging kicap dia.



Daging dipek dalam bekas macam ni. Campur-campurlah bahagian berlemak dengan daging lain. Sk ambil sikit untuk masak kicap PI dan banyak untuk masak Belengas, hehehe.


Mula-mula kena rebus dulu daging dalam kuali sehingga airnya kering dan daging empuk, kemudian masukkan serbuk kunyit dan garam. Sk masukkan garam sikit aje sebab nanti nak letak sos-sos takut masin. Lepas dah gaul rata garam kunyit, tolak daging ke tepi, kemudian tuang minyak masak, tumiskan bawang putih dan halia.


Selepas tu, masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap lemak manis, kacau rata.


Akhir sekali masukkan bawang besar potong bulat dan cili api dibelah dua. Resipi asal ada carrot tapi Sk tak ada stok. Gula pun Sk skip jugak, resipi asal ada gula. Sedap ya makan dengan nasi panas, tak payah ada kuah tak apa, hehehe.


Daging kicap PI ni bolehlah masuk sekali rasa dia,  PI kan hantu kicap!

Post a Comment

14Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnyaaaa...kita pun nak buat macam ni la...tapi semalam baru makan daging ada lagi baki banyak dalam fridge

    ReplyDelete
  2. Semalam dah buat.. Tapi, tak ikot versi asal pun.. Janji berlengas... Hahaha..

    ReplyDelete
  3. Aiseyman dia dah buat la ahak!
    PH skip dulu menu daging, pakat nak ayam & ikan pulak :)

    ReplyDelete
  4. Sejak viral belum pernah lagi try menu daging belengas tu.

    ReplyDelete
  5. Suami request Daging masak kicap gak. Dah buat jugak....Hehe

    ReplyDelete
  6. Sana sini asyik tengok orang share daging berlengas. Eh, nak kena cuba juga ni.

    ReplyDelete
  7. Sangat sedap. Nak masak pun senang. Daging korban level lain ni, pek dalam bekas ada sticker lagi tu.

    ReplyDelete
  8. Sy x try lg resepi berlengas ni.. ok nexttt

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap tu kak, nak cuba jugak lah buat dengan daging korban yang dapat aritu

    ReplyDelete
  10. Ingatkan orang jawa je hantu kicap ni... orang utara pun hantu kicap rupanya nya...

    ReplyDelete
  11. Yana cakap juga resepi ni, nantilah buat, ada 4kg lagi daging dalam esboix tu haaa

    ReplyDelete
  12. hahaha semalam sy nampak video penjual nasi lemak malam yg jual daging belengas ni... nnt nak msk juga laa sbb nampak sedapppp

    ReplyDelete
  13. Saya lagi mengumpulkan lah nih resep2 utk masak daging kurban. Tapi blm lihat lagi kemarin dapatnya apa 🤣. Kalo bagian dalaman memang saya tak bisa masaknya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!