Assalamualaikum WBT
MASA hari Program Ibadah Korban 1446H/2025M yang diadakan di kolej, kami dijamu dengan sup tulang (lembu korban) dan nasi putih. Disebabkan dimasak dengan tergesa-gesa agaknya, daging pada tulang belum cukup empuk. Tu satu, dia punya penat, sampai nak makan pun tak larat, jadi, Sk bungkus sup tulang Sk dan bawa balik.
Malam tu, Sk ambil sebungkus tulang masak sup. Nak panaskan sup kak sab, macam tak cukup, jadi, kita masak baru, heheh. Ada lagi sebungkus jer tulang, yang lain, Sk dah bagi orang.
Suruh PI beli roti Perancis.
Potong-potong.. susun-susun.
Buat sambal kicap.
PI suka perah limau.
Makan malam kami, sup tulang dan roti Perancis.
Tulang tu Sk rebus dalam pressure cooker, set HP 60. Orang kata, set HP 30 pun dah empuk tapi maklumlah, remaja purba.
Kumpulan korban Sk tak mahu bahagian kepala, kaki, perut dan organ dalaman lembu, jadi, semuanya Sk bagi pada Che Li dan Cik Ani. Yang ni Che Li dah siap masakkan, hati goreng rempah.
Cik Ani pulak masakkan Perut Muda dan Babat Masak Lemak Cili Api.
Panaskan sup tulang yang Kak Sab masak.
Malam tadi, PI request nasi lemak.
Sambal nasi lemak pedas betul.
Telur lenggang.
Ikan bilis
Kacang tanah goreng
Timunnnn
Paru lembu korban goreng kunyit. Paru ni Cik Ani bagi dah siap rebus, tinggal hiris dan perap garam kunyit.
Hati Lembu Goreng Berempah tinggal sikit.
Nasi lemak berlauk organ lembu korban. Limpa jer tak ada sebab rosak, mungkin sebab lama terbiar berbungkus dalam plastik dan letak tengah panas. Cik Ani kata, patutnya biar terdedah.
Pagi ni, bawa bekal nasi lemak dengan lauk organ lembu korban. Sampai sekarang masih kinyangggg.
Last but not least, Sup Kaki Lembuuuuuu by Che Li. Kita tunggu pulak apa jadi dengan kepala lembu Che Li.
sedapnyaaaa...siap ada sambal kicap
ReplyDeleteSedap betul tu....SA ada beli tulang selangka a.k.a ribs 3 kg konon nak masak untuk raya haji..tapi sampai sekarang ada lagi x usik..nak buat sup lagi la....x puas makan sup hari tu
ReplyDeletePuas makan lembu korban
ReplyDeleteMacam-macam menu yang keluar ya.
ReplyDeleteTapi kan…mata saya tertarik tengok set menghidang Sk. Cantik!
Boleh kata semua bahagian lembut tu SK dapat rasa ye... PH kalau perut/usus tak reti nak urus. Kaki dan kepala lagilah mmg tak pernah sentuh. Seronok bila ada org pandai uruskan bahagian² ni...
ReplyDeleteSedapnya sup tulang, makan dengan sambal kicap. Ada nasi. Perghhh berpeluh makan. Macam-macam hidangan dapat tu dari lembu korban.
ReplyDeleteHati lembu goreng berempah tu sedap nya.
ReplyDeletesedap2 belaka tu...makan sup tulang ngan roti perancis..feel2 mcm kt perancis hehe
ReplyDeleteLin ada 3kg lagi daging korban tu lom masak.. tunggu Laki baliki baru plan nak masak ..
ReplyDeleteKepala lembu yg saya suka cuma lidah nya. Kalo suami pula suka lidah dan otak. Tp utk buat sendiri, saya tak bisa. Sebab lidah perlu dihandle khusus biar tak amis baunya 😅.
ReplyDeleteSedap nya lihat sup tulang kakak dan sambal kecap 😍😍👍