LAUK-PAUK LEMBU KORBAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT 


MASA hari Program Ibadah Korban 1446H/2025M yang diadakan di kolej, kami dijamu dengan sup tulang (lembu korban) dan nasi putih. Disebabkan dimasak dengan tergesa-gesa agaknya, daging pada tulang belum cukup empuk. Tu satu, dia punya penat, sampai nak makan pun tak larat, jadi, Sk bungkus sup tulang Sk dan bawa balik.




Malam tu, Sk ambil sebungkus tulang masak sup. Nak panaskan sup kak sab, macam tak cukup, jadi, kita masak baru, heheh. Ada lagi sebungkus jer tulang, yang lain, Sk dah bagi orang.



Suruh PI beli roti Perancis.


Potong-potong.. susun-susun.


Buat sambal kicap.


PI suka perah limau.


Makan malam kami, sup tulang dan roti Perancis.


Tulang tu Sk rebus dalam pressure cooker, set HP 60. Orang kata, set HP 30 pun dah empuk tapi maklumlah, remaja purba.


Kumpulan korban Sk tak mahu bahagian kepala, kaki, perut dan organ dalaman lembu, jadi, semuanya Sk bagi pada Che Li dan Cik Ani. Yang ni Che Li dah siap masakkan, hati goreng rempah.


Cik Ani pulak masakkan Perut Muda dan Babat Masak Lemak Cili Api.



Panaskan sup tulang yang Kak Sab masak.


Malam tadi, PI request nasi lemak. 


Sambal nasi lemak pedas betul.


Telur lenggang.


Ikan bilis


Kacang tanah goreng


Timunnnn


Paru lembu korban goreng kunyit. Paru ni Cik Ani bagi dah siap rebus, tinggal hiris dan perap garam kunyit.


Hati Lembu Goreng Berempah tinggal sikit.


Nasi lemak berlauk organ lembu korban. Limpa jer tak ada sebab rosak, mungkin sebab lama terbiar berbungkus dalam plastik dan letak tengah panas. Cik Ani kata, patutnya biar terdedah.


Pagi ni, bawa bekal nasi lemak dengan lauk organ lembu korban. Sampai sekarang masih kinyangggg. 



Last but not least, Sup Kaki Lembuuuuuu by Che Li. Kita tunggu pulak apa jadi dengan kepala lembu Che Li.

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedapnyaaaa...siap ada sambal kicap

    ReplyDelete
  2. Sedap betul tu....SA ada beli tulang selangka a.k.a ribs 3 kg konon nak masak untuk raya haji..tapi sampai sekarang ada lagi x usik..nak buat sup lagi la....x puas makan sup hari tu

    ReplyDelete
  3. Macam-macam menu yang keluar ya.
    Tapi kan…mata saya tertarik tengok set menghidang Sk. Cantik!

    ReplyDelete
  4. Boleh kata semua bahagian lembut tu SK dapat rasa ye... PH kalau perut/usus tak reti nak urus. Kaki dan kepala lagilah mmg tak pernah sentuh. Seronok bila ada org pandai uruskan bahagian² ni...

    ReplyDelete
  5. Sedapnya sup tulang, makan dengan sambal kicap. Ada nasi. Perghhh berpeluh makan. Macam-macam hidangan dapat tu dari lembu korban.

    ReplyDelete
  6. Hati lembu goreng berempah tu sedap nya.

    ReplyDelete
  7. sedap2 belaka tu...makan sup tulang ngan roti perancis..feel2 mcm kt perancis hehe

    ReplyDelete
  8. Lin ada 3kg lagi daging korban tu lom masak.. tunggu Laki baliki baru plan nak masak ..

    ReplyDelete
  9. Kepala lembu yg saya suka cuma lidah nya. Kalo suami pula suka lidah dan otak. Tp utk buat sendiri, saya tak bisa. Sebab lidah perlu dihandle khusus biar tak amis baunya 😅.

    Sedap nya lihat sup tulang kakak dan sambal kecap 😍😍👍

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!