MAKAN DI BIG FOOD KITCHEN MELAKA

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT 


AYAM pun belum bangun agaknya pagi ni, sebelum pukul 4 pagi, Sk dah terjaga. Tu takpa, sampai office pun awal, rupanya, katak pun baru bangun terus ikut sama lompat masuk pejabat, berebut-rebut dengan Sk yang tengah angkut bekal macam nak pergi berkelah, hahaha. Dah satu hal pulak kena menghalau katak keluar, karang entah kat mana pulak dia menyelit kalau tak tengok dia keluar dengan mata kepala sendiri, hihi.



Aaa.. ni cerita pergi Melaka beberapa minggu lepas. Kali ni, Sk nak bawa pembaca ke Big Food Kitchen yang terletak di Kampung Duyung. Boleh imbas qr code dalam gambar untuk tengok menu.


Cara-cara buat pesanan, tapi dalam gambar ni macam complicated sangat. 


Lepas buat pesanan dalam aplikasi, kena terus bayar sama ada di kaunter juruwang atau boleh juga bayar terus secara dalam talian. Selagi tak bayar, selagi tu la mereka tak hantar pesanan kita.


Segala mak nenek tisu basah,  tisu kering, kotak cermin mata dan kotak ubat yang paling penting kena keluarkan agar tak terlupa makan.


Ada masa kalau insaf tu, minum ais kosong aje.



Perut lembu masak lemak cili api. Ni perut muda atau usus, dia belah ya, bukan bulat-bulat macam silinder. 


Ulam


Satu-satu dia hantar, hurmmm.


Kerang bakar. Kerang ni bakar bersambal dan dia bagi sambal kicap untuk cicah. Tapi bagi kami, makan gitu aje dah sedap, tak yah cicah kicap.


Nampak tak, satu.. satu.. lauk dia hantar. Jenuh!


Tak Melaka la kalau tak pesan Asam Pedas Tetel. Set Asam pedas ni siap dengan sepinggan nasi, sebelah telur masin dan sambal belacan. Jadi, kami add on nasi sepinggan jer.



Ini jer la kami pesan sementelah tak banyak pun menu lauk dia yang PI makan.




Pesan dan terus bayar, senang!


Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. perut lembu masak lemak ...menarik tu

    ReplyDelete
  2. Pukul 4 pagi memang waktu dana bangun pagi untuk masak kak, kalau ada tempahan banyak atau nak masak banyak menu pukul 3.30 dah bangun masak. Ingat ada gambar katak yg berebut masuk opis dengan akak td heheheh. Nampak sedap semua menu akak ambil tu, menarik betul perut muda masak lemak cili api tu

    ReplyDelete
  3. Adoi katak la pulak haha...
    Ya Allah menggoda sungguh perut lembu tu...

    ReplyDelete
  4. Aduh sedapnya asam pedas tetel. Dah lama tak buat. Katak nak menemani tu..hehehe

    ReplyDelete
  5. boleh try ni....sedapnya asam pedas tetel

    ReplyDelete
  6. Bab katak tu betul. Selagi tak nampak dia pergi jauh memang tak senang duduk dok fikir. Risau kembali lagi tiba-tiba muncul pulak.
    Jenuh nak menunggu satu-satu dia hantar. Rare tu perut lembu masak lemak cili api di jual di kedai. Kerang tu masak apa pun sedap haihh..
    Kann..kalau dah bersambal tu tak perlu dah kicap. Yee...datang Melaka mesti pekena asam pedas. Kalau tidak, tak lengkap Melakanya. hihi...

    ReplyDelete
  7. Dapnya perut lembu masak lemak ..

    ReplyDelete
  8. Perut lembut masak lemak cili api wahh nampak sedap tu. Belum pernah makan.

    ReplyDelete
  9. Saya dah makan malam. Tapi bila tengok gambar SK makan, jadi lapar balik.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!