MAKAN DI HOCK KEE KOPITIAM ECO BOTANIK

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT 


MINGGU ini dan minggu hadapan nampaknya bakal jadi minggu yang sibuk. Di kolej, minggu lepas, empat kumpulan pelajar menamatkan pengajian. Minggu depan pula, tiga kumpulan pelajar akan memulakan sesi pengajian di kolej. Dalam tempoh dua minggu jer data berubah-ubah. Hari sabtu ni pulak, merupakan Hari Raya Aidiladha. Mujur beraya di Johor aje, tak payah kemas baju nak balik kampung ke apa. Tapi, kena fikir makanan raya pulak, hehehe. Ada orang pagi raya wajib nak makan ketupat palas dengan rendang, kalau tak nanti merajuk pulak sampai ke raya haji tahun depan, huhuhu.



Jumaat lepas, berkobar-kobar PI nak makan di Hock Kee Kopitiam yang baru membuka cawangan di Eco Botanik Iskandar Puteri. Sebelum ini, kami pernah makan di HKK cawangan Toppen. Seiring dengan tagline HKK, A Muhibbah Coffee Shop, meriah ya malam tu dengan pengunjung pelbagai bangsa. Untuk rekod, HKK mempunyai sijil pengesahan halal, JAKIM.



Hock Kee Signature Laksa (RM13.90) untuk Sk. Pada mulanya Sk ingatkan Laksa Nyonya tapi bila disudu kuahnya lebih mirip kepada rasa mee kari. Untuk isinya boleh pilih nak ayam atau seafood, untuk mi boleh pilih mihun, mi kuning atau kueyteow.




PI nak makan Prawn Mee tapi tak ada menu tu jadi PI pilih Mee Rebus (RM14.90). Agak mahal harga mee rebus, rupanya ada ayam goreng. Itulah kadang tak suka kadang-kadang kedai makan ni suka ubah-ubah penampilan menu tradisi. Rasa kuah mee rebus pun tak original macam mee rebus Johor.


Air Batu Campur (RM5.90) untuk PI. Aisnya tu halus dan lembut macam salji. ABC pun tak melebih-lebih condiments, macam ABC dulu-dulu la.




Servis cepat jugak cuma tidaklah semua dihantar serentak ke meja. Nampak tak mee kari Sk pun dah luak masa makanan PI sampai. Luak tu, PI jugaklah yang rasmikan dulu, hihi.




Kaya Butter Toast (RM3.90). Memang wajib la makan roti bakar kalau ke kopitiam.


Semenjak dua menjak ni suka nau air barli (RM4.90). Tapi tu la, tawar pulak air dia macam tak letak gula tapi SK pun malas nak minta mereka tambah gula. Takpo laaa.. bagus jugak tawar sebab Sk kan dah manissssssss, hahaha.



Porsi makanan dia semua ngam, tak sikit, tak banyak. Kalau tak tahu nak makan mana, datang sini jer la kot senang, menu pun banyakkk, tutup pun lambat. Tapi, dalam pukul 9.30 gitu kot, staf dia dah pergi ke meja-meja untuk last order katanya.

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Mi ada ayam goreng tu yang jadi mahal tu. Sedap ABC kalau aisnya dikisar halus. Bagus jugalah tu melebih-lebih. Dapat rasa ABC klasik yang sebenar. Air barli tanpa gula lagi sedap tu. Saya suka. hihi. Yelah kan, orangnya dah manis buat apa nak tambah gula. cia cia cia...

    ReplyDelete
  2. ooo rasa mee kari...SA dah lama x makan mee kari...nampak sedap plak menu PI tapi x original rasa mee rebus Johor ye...

    ReplyDelete
  3. Kira murah la tu kak harganya bawah rm15, geram lak nengok mee laksa tu kerang dia tu comel bulat

    ReplyDelete
  4. Ini betul-betul nak berniaga, siap dapatkan sijil Halal. Barulah yakin kita nak makan.

    Mi rebus ada ayam goreng, macam tak kena pulak ya.

    ReplyDelete
  5. Hat lain tak mau, nak ABC tu ja 😍

    ReplyDelete
  6. Tingginya ABC dia.... Dah macam Air Batu Mountain

    ReplyDelete
  7. Lapar pulak tengok makanan ni malam2. Mengancam ABC tu.

    ReplyDelete
  8. haha... mati2 sy ingat mi kari...
    laksa rupanya...
    nampak sedappppp

    ReplyDelete
  9. ABC dia nampak sedap. 😋

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!