MAKAN DI KAFE FRENCĤE ROAST

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 


PAGI ini Sk ajak PI bersarapan di Restoran Thoufeeq jer. Sk macam biasa, makan puri dan PI makan tosei dengan telur separuh masak. Plannya, lepas sarapan tu Sk nak hantar kereta ke salon untuk polish, tapi semalam, PI jumpa perkhidmatan car polish di rumah sendiri. Aaa.. ada ni orangnya tengah polish kereta Sk.. biar sama berkilat dengan kereta baru PI, hahahah.




Ni cerita Jumaat, masa lunch hour Kak Imah minta temankan ke Taman Molek, ada urusan dengan Yes4G. Lepas tu, Kak Imah nak belanja makan, pilih jer mana-mana cafe western, kata Kak Imah, Sk buat carian di TT, fyp Cafe Frencĥe Roast ni, jadi jomlah kita!


Tapi, tak sangkalah mahal pulak harga makanannya, huhuhu. Kalau bayar sendiri taklah rasa bersalah sangat.


Yang ni murah sikit tapi sampai pukul 11 pagi jer. 


Kak Imah minum Americano Ais (RM11.90) manakala Sk minum Summer Pineapple (RM16.90). Sedap betul, ada kepingan nenas kering dan nenas segar. Buah nenas tu dia tumbuk-tumbuk bagi penyek, manis sangat nenasnya, macam MD2.



Smoked Duck & Mushroom Spaghetti (RM35) dan Truffle Mushroom Spaghetti (RM32). 


Kak Imah peminat daging itik. Sebenarnya nak fokus pada spaghetti Kak Imah tapi Sk tertinggal spek, rupanya pic ni fokus pada Kak Imah pulak, hihi.


Sedap.. memang sedap dan ada kelainan dari pasta-pasta di restoran lain yang pernah Sk kunjungi.


Onsen Egg ni cantik betul kejadiannya ya. Lepas tu, telur kuning dia jadi macam tiga suku masak, tak cair dan tak keras. Yang rambu-ramba tu macam enoki yang digoreng garing. Kena kunyah betul-betul bagi lumat supaya tak tercekik, hihi.


Alhamdulillah,  syukurrr.. terima kasih, Kak Imah.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Rambu ramba tu nak kata serondeng pun bukan serondeng kan SK. Kelakaar bila SK kata kena kunyah betul-betul supaya tak tercekik!

    ReplyDelete
  2. Rezeki tu apabila orang nak belanja dapat pilihkan tempat pula. Menarik vibenya dan betullah harganya agak mahal juga. Pasta ni jadi meriah juga sekarang kerana trend anak2 mula yang tak suka makan nasi huhu.

    ReplyDelete
  3. Nampak sedaplah SK..
    Halus mulus betul enoki dia, sekali pandang macam suhun :)

    ReplyDelete
  4. Ooo.. ni jenama kopi yang kopi dia ada jual di 7-Eleven. Tak pernah cuba lagi, Frenche Roast. Boleh tahan harga dia.

    ReplyDelete
  5. Kemain harga air nenas dia tu ye. Kalau sedap berbaloi la dengan harga.

    ReplyDelete
  6. Yang rambu ramba tu kunyah bunyi krup2 tak?

    ReplyDelete
  7. Menariknya menu spaghetti dia. Lain dari yang lain. Selain food presentation dia cantik, suka juga tengok buku menu dia. Simple dan kemas.

    ReplyDelete
  8. Best bila ada ornag belanja...pasta semua nampak sedap

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!