Assalamualaikum WBT
LEGA tengok anak depan mata minggu ni. Iman balik hari isnin tuari, masa cuti Hari Keputeraan DYMM YDP Agong. Minggu ini kelas online, katanya. Mesti bff dia dah balik Shah Alam tu, ialah, sabtu ni raya haji, kan. Baguslah tahun ni, pengurusan U buat kelas online. Tahun lepas ramai yang terpaksa berhari raya Aidiladha di perantauan sebab cuti raya cuma sehari. Tapi, tahun ni lagi tragis sebab hari raya jatuh pada hari Sabtu, maknanya tak ada cuti ganti. Tapi takpe, sebab esoknya hari ahad, hehehe.
Malam, hari cuti agong tu, semua pakat-pakat nak makan kat kedai aje. Sorang ajak makan capati, sorang kata dari makan capati, baik makan mamak. Entah macam mana, PI kata, jom pergi NLSB Cafe, nak makan steak. Aaa.. jomlah kita! Tengok menu, macam sedap aje Strawberry Mojito, kita pesanlah satu, memang sedap nih, sejuk dan manisss, hihi.
Strawberry Mojito, RM8.90.
Tengok orang lain, anak balik bercuti, maknya busy masak macam-macam Tapi kitanya manjang penat nak masak. Semalam, terbaca kat threads pasal seorang ni letak KPI lepas kahwin, wajib masak hari-hari. Aje gila Sk kalau disuruh masak hari-hari. Lagi gila nak ada KPI lepas kahwin, hahahah. Teringat masa PKP zaman covid dulu, dari pagi sampai malam memikir nak masak apa. Nasib baik tak lama lepas tu dah dibenarkan jual makanan online, bolehlah rehat dari memasak doplohpat jam, hahahah.
Iman pesan, Spanish Latte, RM11.00.
PI minum Jus Nenas. Besar gedabak gelas dia, RM9.00 only.
Tapi tu la, sirloin steak tak ada stok. Dua kali dah datang nak makan tapi tak dapat. Nasib muka ada sinyum. Sebab tak ada steak, PI pesan Lamb Chop, RM26.90. Kambing dia empuk dan dia bukan sekeping-sekeping besar macam lamb shoulder tau tapi berkeping-keping dalam potongan kecil. Mungkin dia timbang potongan kambing tu supaya lebih telus. Kalau nak makan steak, PI memang suka kat NLSB ni sebab sos dia sedap, malah lagi sedap dari Restoran Me'nate, ulas PI.
Iman makan Pasta with Lamb Chop, RM36.90. S
Sos pasta kita boleh pilih nak carbonara ke, aglio olio ke. Yang ni Iman pilih creamy tomyam. Sama macam kambing PI jugak, kambingnya potong kecik, lagi mudah jugak nak makan. Lepas tu, dengan PI, dengan Imannya, kambing tak habis beberapa ketul, jadi, kita joinkan bungkus sekali bawa balik.
Sebenarnya siang tu, Sk dan PI makan lewat, jadi Sk masih kenyang sangat. Tu la macam pelik, PI ajak makan kat NLSB?? Sk pesan jemput-jemput udang ajelah, satu set ni ada 9 ketul, RM9.90. Sk makan 8 ketul, sebiji bagi Iman. Dalam jemput-jemput ada isi udang dipotong kecik-kecik. Sos homemade dia tu sedap tapi Sk lagi suka makan jemput-jemput dengan cili sos dalam botol.
Memang tak habislah makannya kambing banyak ni, kan. Kami makan nasi kat Sanook Kitchen siang tu. Belum cerita lagi yang tu, haha.
Sebenarnya nak makan lempeng tapi sekarang NLSB buat lempeng untuk breakfast aje.
Total RM102.80.
Burppp.. Alhamdulillah.
comels iman shelfie latte :)
ReplyDeleteKalau bekerja raya di perantauan okay lagi. Kalau masih student, aduhaiii sedihnya tu terasa. Dapat cuti sehari hari Ahad pun jadilah kan. Letih nak masak ni. Bayangkan kalau setiap hari kena masak. Masaklah kita. Sesekali kena jugak cuti masak. Kannn...
ReplyDeleteNasib baik Pak Inche tak kecewa apa yang dia nak tak ada. Menu Iman tu menarik, saya pun suka sos creamy tomyam, takpun salted eggs. Murah jus nanas besar tu. Berbaloilah kan. So far harga okaylah tu makan bertiga. Pesan pun kambing. Mana ada yang murah.
Esok birthday kita...so kita amik cuti...raya PZ cakap x yah buat pape...masak ayam je cukup no rendang2...adik badik x balik rasanya...x pun kami berkampung kat Bangi je...adik bongsu dalam pantang kan...sedapnya lamb chop...lama x nampak Iman..
ReplyDeletesos jemput2 tu macam sos hijau ke? teringin pulak nak rasa sbb selalu cicah dgn sos cili merah je kannn
ReplyDeleteAkhirnya cadangan PI yang menang hehe...
ReplyDeletePH pun kalau rakyat sikit, nak juga makan di kedai hari² SK. Ini satu keluarga dah ½ dozen, baik masak je la haha... sekali sekala bolehlah makan di luar hihi
Eh... sama pulak foto kita... "Kamera makan dulu" hehehe
ReplyDeleteYa ampun! Sedapnya jemput-jemput udang tu SK.
ReplyDeleteKalau ada depan mata ni, ngap terus sebiji-sebiji masuk mulut!
Bestnya, makan lamb chop. Nak cari juga la. Lama tak makan.
ReplyDeleteLGS terlapar pula lihat ini kak 😍😍😍. Jemput2 udang kalo saya bisa habis sepiring nampaknya 🤣
ReplyDeleteOh tgl 9 tak cuti umum yaa? Biasa kalo jatuh hari Sabtu bukannya Senin akan dibuat cuti umum?
ReplyDeleteDi sini raya haji tgl 6 kemarin, tp memang kalo hari raya pasti 2 hari kerja diksh cuti. Jadi Senin tgl 9 masih bercuti suami saya. Masih tak jammed lah jalanan 😅