MASAK ASAM PEDAS AYAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT 


INNALILLAHIWAINNA ILAIHIROJIUUUNNN.. Pagi ni baca berita sedih, kejadian kemalangan melibatkan pelajar-pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Salam takziah kepada keluarga pelajar yang terlibat dan semoga dipermudahkan segala urusan mereka. Allahu..


SEKEJAP aje cuti hujung minggu habis. Semalam, satu hari suntuk duduk kat rumah, tak ke mana-mana. Iman pun dah balik kolej semalam petang. Sempat jugaklah masakkan dia Asam Pedas Ayam buat bekal makan malam. Itu jer la yang senang, hehehehe. Tu pun tiberrr terlintas nak masak. Mulanya PI kata, nak beli ketam, lepas tu Iman kata nak balik pagi. Tak jadilah bapaknya beli ketam. Tiber pulak dia kata nak balik petang. Tu la yang terlintas nak masak APA. Nasib baik sekejap aje lembut ayamnya (ayam frozen) direndam.




Bila ayam dah nak dekat-dekat lembut tu la, Sk rebus cili kering dan kopek bawang, terus blend dan tumis dalam periuk. Sambil tunggu cili pecah minyak, sambil tu potong ayam kecik-kecik. Sk kan sekarang kalau beli ayam, potong empat jer, senang nak simpan dan kelolakan masa nak masak.


Resipi Asam Pedas Ayam Sk (APA)

1/2 ekor ayam potong kecil (ikut citarasa)
Secekut cili kering
1 bawang besar
1" halia (ketuk)
1" lengkuas (ketuk)
1 batang serai (ketuk)
1/2 senduk minyak untuk menumis
1 cawan air
Secekak daun kesom
1 tsp pes asam jawa
1 asam keping
Garam
Ajinomoto


Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, masukkan serai, lengkuas, halia dan bahan kisar, tumis hingga terbit minyak sambil ditambah air sedikit demi sedikit.

2. Masukkan ayam, tutup periuk. Kacau sekali-sekala supaya tidak hangus dasar periuk. 

3. Tambahkan air, masukkan daun kesom,  biar mendidih lagi sekali.

4. Masukkan asam jawa, asam keping, garam dan ajinomoto. Renihkan seketika, siap.




Iman makan berlima semalam, kawan-kawan lain ada jugak bawa makanan. Iman cakap, kawan-kawan puji asam pedas bonda sedap. Alhamdulillah,  Allah bagi sedap walaupun masak kelam-kabut, heheh. Tapi tu la.. terlupa nak letak lada hitam. Kalau letak lagi kick ooo!!

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. tk pernah lg mkn asam pedas ayam

    ReplyDelete
  2. Saya pun ikut terkedu dengar berita sedih kemalangan maut pelajar UPSI. Semoga dipermudahkan urusan keluarga masing-masing.
    Asam pedas ayam memang tak tolak tepi. Sodap oooo.

    ReplyDelete
  3. Sedih kan dengan kematian 15 pelajar tu...turut berdukacita dan semoga dipermudahkan buat keluarga mereka..sedapnya asam pedas ayam...

    ReplyDelete
  4. Innalillahi wa inna ilaihi raji’un...

    Rezeki kawan-kawan Iman dapat makan asam pedas ayam bonda yang sedap. Tengok pun tahu sedap.

    ReplyDelete
  5. Sedap sungguh tu sampai mereka puji

    ReplyDelete
  6. kalau kuah asam pedas ayam ni kan sy suka cicah dgn lempeng... rs dia syahdu sikit berbanding kalau mkn dgn nasi heheheh

    ReplyDelete
  7. Memang sukaaa makan asam pedas. Mama sering buat asam pedas ikan dan asam pedas daging. Kalo asam pedas ikan saya tak suka, tp daging sukaaa sangat .

    Tergantung ikannya sih, ada jenis ikan yg saya memang tak makan. Asam pedas ayam belum coba lagi. Kalo rajin nanti, nak coba buat lah 😁

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!