Assalamualaikum WBT
CERITA balik kampung angkat PI dengan kereta baru beliau hujung minggu lepas, kali ini kami menginap di Dusit Princess Melaka. DP ni dulu merupakan Hotel Ramada. Kami pernah menginap di sini semasa ia bergelar Hotel Ramada, antaranya boleh baca old post DI SINI.
Susun atur di lobi dah berubah sikit.
Tapi, kapal ni masih ada dan dikekalkan di lobi.
Staf hotel bawakan welcome drinks (teh ais) kepada tetamu. Kalau datang lima beranak, lima-lima dapat.
Dapat bilik aras 14, nombor 1408. 1408 ni merupakan nombor favourite seorang kawan Sk, Ban namanya sebab sama tarikh hari jadi dia.
Kad access bilik diperbuat dari kayu.
Remote tv dia canggih. Pertama kali jumpa remote tv macam ni tapi tak susah pun nak faham. Cuma PI sampai ke sudah tak faham, dia kan old skul, hihi.
Perabot lama masih ada yang dikekalkan tapi tak ingat side table ni sama ke tidak.
Comel kucing dalam frame gambar ni.
Disebabkan keputusan untuk berjalan-jalan dibuat pada saat akhir, maka DP telah kehabisan bilik King Bedroom, yang tinggal Twin Bedroom aje. PI tak nak duduk tempat lain, nak jugak duduk sini, kini onz sajalah tido jauh-jauh, hahaha. Teringat dulu-dulu tengok filem P Ramlee, walaupun suami isteri tapi katil depa asing-asing, hahaha. Tengok dekat tingkap sana, ada sofa yang sama dari Hotel Ramada.
Duduk kat sofa tu boleh nampak Kampung Morten.
Disebabkan katilnya dua, jadi bilik ni seakan sempit. Ruang depan tv ni masih besar sebenarnya. Untuk solat, boleh solat dengan selesa di sebelah katil sebab arah kiblatnya lurus.
Katil saiz super single ni besar la untuk seorang tidur. Yang best katil sorang satu takyah berebut comforter. PI tu pulak jenis yang tidur atas comforter, hahaha. Penghawa dingin berfungsi dalam keadaan baik.
Kemudahan mengopi dan mengeteh dalam bilik. Botol air minuman dari kaca.
Seterika dan papan penggosok lengkap. Ada jubah mandi dan selipar tidur tebal.
Bilik air terbahagi tiga, tandas, sinki dan ruang pancuran. Tekanan air dia laju giler!
Petang tu sebelum keluar makan, singgah tengok kolam renang. Bahagian kanak-kanak dan dewasa hanya dipisahkan oleh rantai pelampung tapi nampak ada petugas yang sentiasa bersiap siaga di tepi kolam.
Bahagian ni 1.2 meter dalam.
Yang ni 1.5 meter dalam.
Yang ni, Sk pun boleh tenggelam, hahaha.
Esoknya kami turun sarapan dalam pukul 8, beratur ya. Ni pinggan PI, nasi lemak. Sk lupa nak jamah, PI kata, bolehlah, tapi ikan bilis dia liat.
Ada lontong. Kuah lodeh sedap cuma tak ada tempe dan tauhu. Tu takpe, dia potong sayur panjang-panjang, nak cepat siap agaknya, hihi. Sk tambah kacang tanah dari condiments nasi lemak sebab nak dapat effect sambal kacang, hehe. Selain sambal tumis, ada sambal sotong kembang, sedap.
Wajiblah ambil English Breakfast.
Side dish untuk EB pelbagai. Selalunya Sk akan ambil salad dan buah-buah dulu kemudian baru ambil sosej dan lain-lain. Tapi tu la, kacang panggang dia boleh letak tempat lain pulak, dah tak nampak nak join sekali sepinggan.
Dorang ada buat healthy juice jugak tau. Yang ni celery dan timun.
PI makan roti canai dan telur separuh masak.
Karipap, popia, samosa, dim sum dam muesli.
Nasi beriani pun ada, jamahlah sikit supaya tidak menyesal, hahaha. Lauknya kurma ayam dan daging masak hitam, tapi dgaingnya keras la pulak. Yang depan tu seabass with green chili thai paste.
Jawapan untuk yang bertanya PI beli kereta apa, hehehe.
Bila PI dah start mengantuk, terpaksalah kita pulak jadi driver, huhuhu.
oh nama lama dh tukar baru skarang...menu lontong jrg jmpa time bfast kt hotel...sronok jln2 ngan kete baru tu
ReplyDeletekita datang sini...:)
ReplyDeleteMenggamit kenangan ye kembali ke hotel pernah menginap. Kadang ada katil single boleh rapat. Tapi tak rajinlah pulak kan. Janji ada bilik sudah. Kad access hotel sekarang banyak jenis kayu, nice juga kan.
ReplyDeleteBest tengok sarapan dia. Agaknya lah tu nak cepat potong panjang-panjang deras siap. haha...
Ohhh cik red to Toyota Cross. Best tu upgrade ke SUV.
nampak dah kereta idaman PI tu...
ReplyDeletePI tak merajuk ke tido asing2 tu.. hahaha...
asyik lah bertukar nama...ada satu hotel dekat bandar lama, betul2 dekat selekoh..bnyak kali tukar nama juga...nama sekarang tak pasti apa..tapi ada pernah nama dia La Crista Hotel.
Dah diambil alih oleh orang lain atau penjenamaan semula hotel ni....Nampak sangat selesa la hotelnya.
ReplyDeleteDah selalu tidur berdua, kadang kalau dapat katil gini rasa macam eh luas bebas tidur sorang-sorang 😆
ReplyDeleteSUV lebih selesa, sesuailah untuk SK dan PI yang selalu jalan jauh.
Perghhhh lamanya keta baru PI. Merah ang² 😆
ReplyDeleteLawalah key card kayu tu...
Paling ingat babak Madu 3, Abg Jamil dgn Cik Hasnah tidur katil asing² haha
Cantik kad access tu. Waaahhhh cik cross. Cie hari tu hampir2 nak ushar cik cross dah tapi hati lebih terpaut kepada cik hrv. Cantik warna merah.
ReplyDeletekalau tak silap katanya dulu catherine zeta jones pernah menginap kat hotel ni masa dia shooting filem the entrapment dulu
ReplyDeleteOh sayang juga ramada tak ada lagi. Tapi nampaknya tetap bagus di management yg baru ya kak.
ReplyDeleteSaya pernah dpt kamar twin bed macam nih. Padahal menginap berdua suami. Tapi tetap saja, saya nak 1 bed, sebab kalau tidur, wajib pegang tangan dia 🤣. Tak boleh tidur kalo tak. Jadi Katili satu lagi utk tempat barang 🤭