Assalamualaikum WBT
SYUKUR Alhamdulillah, tahun ini Allah swt berikan rezeki untuk join Program Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidiladha di kolej tempat Sk bertugas. Boleh baca old post di bawah:
Program korban kami tahun ini diadakan pada hari ke 13 Zulhijjah. Sebelum kerja-kerja melapah, kita sarapan dulu. Ada yang bawa nasi lemak dan mihun goreng.
Ada yang bawa brownies.
Ada yang bawa roti jala dan kari ayam.
Ada yang bawa kaswi pandan leleh.
Ada yang bawa sandwich. Ada juga bubur kacang, murtabak, tak sempat ambil gambar. Ketupat dan rendang ayam pun ado! Minumannya ada sirap ais dan kopi o panas.
Tahun ni, Sk ambil tugasan melapah. Best sangat eh lapah daging panas-panas ni.
Lembu-lembu ni telah disembelih di Pusat Penyembelihan Kempas tengah malam sebelumnya dan kemudian dipotong kepada empat bahagian. Cara kami, buat satu-persatu lembu agar tidak terambil bahagian peserta yang lain.
Selain staf, ada jugak pelajar yang join. Sk anggarkan dalam anggaran 46 orang yang join program ini semalam.
Daging yang telah dilapah akan dipotong lebih kecil lebih kurang sebesar tapak tangan.
Selesai melapah, bahagian tulang juga akan dipotong lebih kecil untuk dibahagikan.
Alhamdulillah, semalam redup, selepas malamnya hujan lebat melanda Tanah Jauhar. Penat melapah, kita minum cendol pulak.
Pasukan menimbang dan membungkus.
Fuhhhh.. hampir nak selesai masa ni.
Bahagian yang tinggal untuk peserta korban selepas pengagihan untuk golongan asnaf dibuat. Wajib ya kita memberi daging korban kepada golongan asnaf agar ibadah korban kita sah, InsyaAllah.
Makan tengahari kami selepas gotong-royong tentunya Sup Tulang Daging Korban.
Makan dengan nasi putih dan sambal kicap meletup Kak Sab! Hehehe.
Alhamdulillah selesai ibadah korban tempat kerja SK ye...syukur ramai yang terlibat...
ReplyDeleteAlhamdulillah..Seronok tu dapat join program ibadah korban. Dapat juga sumbangkan tenaga. Tak pernah lagi ada pengalaman melapah daging korban segar-segar ni. Setakat tolong potong daging korban nak masak tu je lah.
ReplyDeleteMacam-macam hidangan disediakan untuk semua. Macam-macam dapat rasa.
Alhamdulillah selesai 🤲🏻
ReplyDeleteBanyak betul makanan potluck tu...
SK nmpk macam pro ye lapah daging tu :D
alhamdullilah, meriah sangat. paling tak tahan tengok cendol ....
ReplyDeletesedapnya menu sarapan...lepas tu ada cendol pula....sup daging fresh mmg layann..
ReplyDeleteMeriah ramai2 join program ibadah korban...menu sblum melapah mcm2 juga tu ..kt area umah Amy part melapah mmg geng lelaki je..sedap tu sup tulang
ReplyDeletenampak macam kaum hawa lagi ramai je dari kaum adam? ;-)
ReplyDeleteSeronok join program korban ni, sama2 melapah dll. First time tengok cendol dalam cup macam tu. Sedap minum panas2.
ReplyDeleteMeriahnyaaa, seronok dapat join program korban gini Kak, Lin dulu pernah merasa masa duk BNukit Indah dulu..
ReplyDelete