SAMBAL SOTONG & UDANG GORENG

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 


SALAM MAALHIJRAH 1447. 

Selamat menyambut tahun baru dengan penuh azam agar kita menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Semoga amal ibadah bertambah seiring dengan usia yang juga bertambah, Amiiinnn YRA. 



Hari ini juga merupakan hari cuti am sempena awal Muharam. Bila cuti, banyaklah kerja kat rumah nak buat. Sebelum tu, Sk nak blog kisah sebelum pergi Penang, nak menghabiskan saki-baki bahan mentah dalam esbox. Tambah lagi dengan malas nak bersiap makan kat luar, maklumlah, kita ompompuan ni bukan setakat nak sarung baju dengan seluar, kan, hihi. Jadi, Sk masak sambal sotong, sambil menghabiskan jugak stok cili dan bawang kisar. 

(Macam meleret-leret pulak cerita sambal sotong aje pun)



Lepas tu goreng udang 4 ekor. Sebenarnya udangnya tinggal 6, Sk goreng 4 aje, bakinya goreng esoknya pulak. Kira makan sambal sotong dengan udang goreng ni untuk dua kali. Tu pun tak habis jugak ya, Sk bawa pulak bekal ke pejabat.  Begitulah.. apa yang ada kita jangan membazir, selagi tak basi, kita makan, burppp.. Alhamdulillah. 

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Betul tu...selagi x basi makan aje...syg kalau dibuang..beli dengan duit kan..bukan beli ngan daun

    ReplyDelete
  2. Itulah kisah nya..penat masak tapi asyik tak habis je...hahaha

    ReplyDelete
  3. Aamiin...
    Ye benar Mak Inche'. Makanan yang ada jangan bazir. Simpan, esok esok panaskan boleh makan lagi.
    Salam Maal Hijrah.

    ReplyDelete
  4. sama la kat umah ni rasa macam masak sikit dah tapi tak habis juga duk keluar masuk peti ais

    ReplyDelete
  5. Salam Maal Hijrah SK...sedap tu sambal sotong..

    ReplyDelete
  6. Salam Maal Hijrah... Hari ni masak sotong juga tapi sotong masak asam.. hihi..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!