LUNCH BUFFET @ RESTORAN KUNTUM SELASIH

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


Sambungan...

TIBA-TIBA lepas zuhur, Naza telefon, beritahu En Pai jemput makan buffet hasil dari masakan pelajar program Penyediaan Makanan Tahap 3. Pelajar-pelajar ni baru selesai menjalani Latihan Industri dan telah kembali ke kolej awal bulan ini. Jadinya, kenalah tayang skills yang diasah selama 5 bulan berada di kitchen hotel, tu kan.


Tak ada apa-apa tema diketengahkan kali ini tapi melihat kepada menu, ianya merupakan masakan tempatan dan menyelitkan makanan tradisi Johor seperti Asam Pedas Ayam, Mee Rebus dan Laksa Johor.

APPETIZERS 


Tauhu Sumbat dan Kuah Kacang


Rojak Buah


Chicken Salad


Ulam-ulaman.. ulam raja, kacang botol, bendi celur, pegaga, timun dan petai. 


Pelbagai jenis sambal pencicah. 


Prawn Cocktails 


MAIN COURSE



Asam Pedas Ayam. Dulu, ada kawan Sk orang Perak, dia kata, aku pelik orang Johor ni, semua benda dia nak buat asam pedas šŸ˜›. Ialah, betullah tu, selain ayam, daging pun kami boleh masak asam pedas.


Ikan caru goreng ni makan dengan sambal kicap atau air asam.


Daging Masak Lada Hitam ni Sk tak ambil. Sk sekarang agak risau nak makan daging atau kambing sebab lepas tu nanti menanggung sakit gigi (ke gusi?). Tapi kalau tak ada pilihan, Sk makan jugak.


Udang Masak Lemak Cili Padi. Udang nak kata kecik tak, besar pun tak, tapi mudah dikopek kulitnya, bermakna, udangnya segar.


Sayur Campur atau Chap Chai. Sayur ni rasa masin sikit tapi tak teruk.


Pinggan Sk. Hurmm.. macam bukan Sk ni makan sikit cenggini.

SOUP


Untuk sup, mereka sediakan tomyam. Teringat pulak seorang rakyat India buka Restoran Tomyam Malaysia di negara India. Selain tomyam, pelbagai makanan Malaysia dijual dan mendapat sambutan hangat warga sana tapi tu la, tomyam bukan makanan asal Malaysia tapi Thailand. Tiba Malaysia dapat nama ni, takpelah, asal bukan nama buruk, kan.


Spaghetti Aglio Olio pun ada. Cuma spaghettinya terlebih masak. 

STALL

Nak nampak lagi real buffet, kena la ada live station. Ada dua stall disediakan dan kedua-duanya mendapat sambutan hangat.


Disebabkan pencahayaan agak terhad, Sk tak ambil gambar dalam stall. Yang ni Mee Rebus, nanti bila guest minta, baru letak kuah.


Satu lagi, stall Laksa Johor. Samalah jugak, bila guest nak makan, baru letak kuah.


Tapi, guest tu kan, dia kata, tak puas makan dalam mangkuk, dituangnya masuk pinggan. Tak boleh bawa majlis ek, hehehe. Aaaa.. macam ni la baru puas nak gaul. Dengar-dengar, orang Johor makan LJ guna tangan, kan.. tapi dalam majlis segan la, kita pakai garfu, senang nak belit spaghetti. Oh, janganlah tersakiti Laksa Johor guna spaghetti ya. Laksa Sarawak guna bihun, tak ada pulak yang marah.

DESSERTS 


Buah potong, tembikai dan tembikai susu.


Fruit Tartlets


Katanya Cream Puff tapi macam bukan jer, hehehe. Ianya lebih menyerupai Churros. Cicah pulak dengan sos kastard.


Tiramisu


Sk ambil satu tiramisu tapi tak makan kat restoran sebab kenyang. Kita mintalah izin tuan rumah untuk bawa balik. Yang dalam sudu tu, onde-onde dibuat dalam dua perisa iaitu original (pandan) dan keladi.


Semalam, Sk ada belikan Iman tiramisu, dia kata kureng. Tapi yang ni, suap jer mulut, terus puji melambung. Sk kan belum makan, Sk pun cubalah, yessss.. sedap betul tiramisu walaupun nampak tekstur tu tak guna biskut lady fingers, mereka guna kek sponge perisa kopi. Nanti esok Sk tanya dengan En Pai resipi betul ek, guna mascarpon ke, kan. En Pai suruh tapau bubur kacang durian, mujur la Sk ada travel mug, jadi Sk tapau dalam tu, tapi lupa nak ambil gambar.

Mekacehhh, En Pai omey!

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wah..makan besar la SK semalam erk...SA dalam dilema ni..suami mintak asam pedas ayam...which is SA blom pandai buat lagi...sama ke agaknya ngan asam pedas ikan? lepas tu dia ada suruh belajar buat laksa johor...ehhhhh...dia ni punnn...satu2 la kan....rasa nak demam dia sebut belajar la buat laksa johor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi, kita pun tak pernah buat LJ, selalu kakak yang masak tak pun beli. Asam pedas ayam sama macam ikan tapi pekat sikit lagi sedap.

      Delete
  2. Alaaaa....kenapa tak jemput saya. Macam-macam ada!
    Kira nampaklah hasilnya belajar selama a5 bulan di kitchen hotel tu.

    ReplyDelete
  3. Yg masak ini pelajar kan? Baguuuuuus semuanya nampak. šŸ˜šŸ˜šŸ˜. Memang berbakat semua dalam hal masak masak yaa. Kliatan sedap pun kak. Laksa Johor yg saya belum coba sampai skr. Nak cari di KL nanti, semoga ada yg sedap šŸ˜„

    ReplyDelete
  4. skit btul pinggan SK tu...meriah mcm2 menu tu..tiramisu pn ada yummyyy

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!