Assalamualaikum WBT
SAMBIL-SAMBIL menampal rhinestones pada baju semalam, berbincang dengan PI, apa nak masak untuk makan tengahari. Makan tengahari kami kalau hujung minggu memang agak lambat. PI ajak pergi Melaka, Sk tak nak. Lepas tu, dia kata, masak Kari Daging dan Daging Kicap. Sekejap lagi, dia kata nak makan Mee Wantan pulak. Sk ajak ke Kafe Kueh Bakor cawangan Medini. Seganlah pulak, sebab baru semalamnya makan kat cawangan Damansara Aliff, hihi. Tapi, PI kata, nak makan di Serambi Uda, jadi.. jomlah kita!
Mungkin dah bukan waktu makan tengahari, restoran agak lengang. Kagum Sk tengok restoran milik Kak Maznah sekarang. Dari perniagaan restoran di rumah, kemudian membuka restoran di kedai di BBU dan selepas berpindah ke Larkin Business Center kini restorannya lebih ekslusif. Kebetulan pulak semalam anak Kak Maznah yang menguruskan restoran ni ada. Orangnya kecik aje tapi semangat juangnya besar.
Gambar Mee Wantan yang merupakan signature dish di Serambi Uda menjadi gambar hiasan muka depan buku menu.
Perniagaan mee wantan Kak Maznah dah bermula sejak berpuluh tahun lepas. Pergi la makan mee wantan kat mana-mana tak boleh lawan mee wantan Kak Maznah.
Menu di Serambi Uda ni agak berbeza dengan Kueh Bakor. Oh, kueh bakor pun nampaknya tak dijual di Serambi Uda ni.
Menu berasaskan nasi pun ada.
Hujung minggu dapatlah kita mengelat minum yang manis-manis. Air mata kucing untuk Sk dan PI minum Lemon Ais.
Mee Wantan PI. Portionnya nampak kecik sikit dari yang Sk makan di Kafe Kueh Bakor cawangan Damansara Aliff tapi PI kata, banyak. Presentation pun lain.
Rojak Tauhu sedap. Tapi mungkin ada bahagian yang tak gaul rata, ada rasa belacan yang kuat kat situ.
Laksa Johor makanan kegemaran Tuan Tanah Kedaung. Masha Allah, rasa LJ yang asli. Sungguh sedap sekali LJ di Serambi Uda ni. Bagi Sk, menu warisan macam ni la yang patut anak-anak muda sekarang viralkan, bukannya ayam gepuk atau ayam geprek.
Laksa Johor dan Rojak tu sedapnya nampak.
ReplyDeleteSedap laksa johor tapi susah nak dapat kat lipis ni takde orang jual.
ReplyDeleteLaksa lain ada je.
Kita suka air mata kucing.
ReplyDeleteBetul SK, sebaiknya viralkanlah makanan tempatan. Sana-sini penuh, gepuk, geprek, penyet!