SARAPAN DI WARUNG ALI KOPI & JALAN² KE NAT POKOK GETAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 


ALHAMDULILLAH,  SK tiga beranak baru sahaja pulang bercuti dari Perth. Bukan Perth kat Australia tuuu.. tapi Perthhhhhlih! Hehehe. Macam selalu la, pantang ada cuti mula la gatal kaki PI nak pijak pedal minyak jauh sikit. Tak puas bercuti di Penang hari tu katanya, kali ni lajak pulak ke Perlis, nak duduk homestay di tepian gunung pulak.



Ini bukan kali pertama Sk ke Perlis. Rasanya, sejak jadi menantu mak mertua, tak terkira berapa kali dah ke sana, cuma tak pernah bermalam jer. Kali ni PI ajak duduk homestay. Cerita pasal homestay ni pulak, tak jadi jugak duduk di homestay, ada ceritanya, tu nanti Sk blog lain. Hari ni, Sk nak bawa pembaca ke Warung Ali Kopi yang terletak di Arau.


Ada Nasi Lemak Daun Pisang, kena baca label dia, ada BT (bilis telur) dan A (ayam).


Yang ni PI la tersalah ambil, dia ambil ayam. Malas nak letak balik, Sk makan la yang ayam ni, PI dan Iman makan bilis telur. 


Konsep WAK ni, kita buat pesanan terus makanan yang kita nak pesan di gerai-gerai. Macam-macam ada, gerai roti canai, gerai char kuey teow, gerai otak-otak & pepes, peknga, roti jala dan pulut udang serta beberapa lagi. Pesanan minuman akan diambil dari meja. Makanan yang kita pesan juga akan dihantar ke meja. 


Lepas makan nasi lemak, makan pulut udang pulak, sedappp.


Roti jala dijala besar lepas tu gulung memanjang dan potong macam ni. Tak silap satu set ni ada 10 gulung. Kuahnya kari ayam.


Makan roti canai pulak. Dah macam makan buffet hotel, hehehe. Tu nasib baik la Sk tak perasan ada peknga, kalau tak, mesti nak jugak shatu,  huhuhu.


Dari WAK, kami menuju ke Nat Pokok Getah. NPG ni kalau di Kuala Ketil, macam Pekan Sabtu la dan kalau di Pontian, dulu-dulu kita panggil Pasar Lambak. Tak pasti sekarang masih ada lagi tak Pasar Lambak ni. Sekarang yang banyaknya, Pasar Malam, kat mana-mana pun ada.


Panas cuaca, tapi bestnya bila panas ni senang nak jalan sana-sini. Tekak ni pulak asyik nak meminta air yang sejuk dan manis, hihi.


Kedai RM2.


Pakaian bundle.


Iman suka la baju bundle.


Berjualan dalam kebun getah dipayungi pokok getah.


Banyak hasil kampung dijual di sini.


Bunga betik rasanya ni. Nak beli tapi takut lebam sebelum sampai Johor.


Pelbagai jenis rempah masakan jugak ada dijual. Bagi yang belum bersarapan, bolehlah jugak nak sarapan atau makan di sini. Menu macam biasalah, sup dan laksa. Melayang jugak la RM55, beli tudung bawal tiga lai, hahahaha.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Macam2 ada jualan kat nat tu. Macam pasar zaman2 dulu je berjualan bawah pokok. Syok juga tu.

    ReplyDelete
  2. Menarik betul kat sini jualannya. Nama warung pun unik dan tempatnya pun kat area pokok getah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila baca balik oh NPG tempat lain...haa kat sini nampak best jualannya Redup je bawah pokok getah.

      Delete
  3. Nasi lemak tak sah namanya kalau tak ada bilis dan telur hihihii.
    Menariknya ada pasar bawah pohon getah.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!