MAKAN DI SERAMBI UDA

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


SAMBIL-SAMBIL menampal rhinestones pada baju semalam, berbincang dengan PI, apa nak masak untuk makan tengahari. Makan tengahari kami kalau hujung minggu memang agak lambat. PI ajak pergi Melaka, Sk tak nak. Lepas tu, dia kata, masak Kari Daging dan Daging Kicap. Sekejap lagi, dia kata nak makan Mee Wantan pulak. Sk ajak ke Kafe Kueh Bakor cawangan Medini. Seganlah pulak, sebab baru semalamnya makan kat cawangan Damansara Aliff, hihi. Tapi, PI kata, nak makan di Serambi Uda, jadi.. jomlah kita!


Mungkin dah bukan waktu makan tengahari, restoran agak lengang. Kagum Sk tengok restoran milik Kak Maznah sekarang. Dari perniagaan restoran di rumah, kemudian membuka restoran di kedai di BBU dan selepas berpindah ke Larkin Business Center kini restorannya lebih ekslusif. Kebetulan pulak semalam anak Kak Maznah yang menguruskan restoran ni ada. Orangnya kecik aje tapi semangat juangnya besar. 


Gambar Mee Wantan yang merupakan signature dish di Serambi Uda menjadi gambar hiasan muka depan buku menu.


Perniagaan mee wantan Kak Maznah dah bermula sejak berpuluh tahun lepas. Pergi la makan mee wantan kat mana-mana tak boleh lawan mee wantan Kak Maznah.


Menu di Serambi Uda ni agak berbeza dengan Kueh Bakor. Oh, kueh bakor pun nampaknya tak dijual di Serambi Uda ni.


Menu berasaskan nasi pun ada. 


Hujung minggu dapatlah kita mengelat minum yang manis-manis. Air mata kucing untuk Sk dan PI minum Lemon Ais. Walaupun hanya minuman tapi terasa manis dengan kasih-sayang air mata kucing ni.


Mee Wantan PI. Portionnya nampak kecik sikit dari yang Sk makan di Kafe Kueh Bakor cawangan Damansara Aliff tapi PI kata, banyak. Presentation pun lain.


Rojak Tauhu sedap. Tapi mungkin ada bahagian yang tak gaul rata, ada rasa belacan yang kuat kat situ.


Laksa Johor makanan kegemaran Tuan Tanah Kedaung. Masha Allah, rasa LJ yang asli. Sungguh sedap sekali LJ di Serambi Uda ni. Bagi Sk, menu warisan macam ni la yang patut anak-anak muda sekarang viralkan, bukannya ayam gepuk atau ayam geprek.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Laksa Johor dan Rojak tu sedapnya nampak.

    ReplyDelete
  2. Sedap laksa johor tapi susah nak dapat kat lipis ni takde orang jual.
    Laksa lain ada je.

    ReplyDelete
  3. Kita suka air mata kucing.
    Betul SK, sebaiknya viralkanlah makanan tempatan. Sana-sini penuh, gepuk, geprek, penyet!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!