MASAK SAMBAL KETAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


PAGI ini Sk keluar lambat 15 minit. Biasanya, jam 7.45 pagi tu dah gerak dari rumah, tapi tadi dah pukul 7 baru keluar. Budak-budak bulus ni la buat hal, berbulu mata Sk menengoknya. Rasa macam nak humban sekor-sekor kat luar, hahahaha. Tapi, yang baik punyer, walaupun keluar lambat, boleh pulak sampai cepat dari semalam. Padahal sebelum Setia Eco dah jammed tapi macam laju bergerak. Dekat BBU pun tak banyak kereta, kalau tak, tiga kali berhenti baru lepas simpang kat Warda Mart tu. Pening dah cilok sana, cilok sini nak sampai cepat ke pejabat. 



Masak Sambal Ketam pada Ahad lepas. Siapa lagi yang mintak, kalau bukan PI. Pagi-pagi dia dah keluar pergi Pasar Tani beli ketam 4 ekor dan sotong 6 ekor. Kemudian beli nasi lemak bungkus dan roti canai jugak. Dia kata, ketam masak malam jer sebab kenyang makan nasi lemak dan roti canai tapi pukul 2 rasa macam dah lapar pulak Sk ni, hahahaha. Sk cakap kat PI, rupanya, dia pun sama lapar jugak, hahaha.


Terus masuk dapur, masak nasi. Mula ingat nak relaks dulu sementara tunggu nasi masak, lepas tu fikir, sekali jalan jer la senang.  Terus tenggek kuali atas tungku dapur, panaskan minyak dan tumis cili dan bawang giling (kisar). Benda dah ada, cepatlah kerja.



Ketam ni kegemaran PI. Dari mula kahwin, mengandung, beranak sampai anak dah umur 24 tahun ni, PI rajin beli. Masa baru-baru kahwin dulu pun PI la yang banyak masak tapi tu la, semua benda dia nak masak sambal, hahaha. Dah berumur ni, kurang dah masak. Agaknya zaman dulu tu tak ada semakfon smartphone, khayal mengadap tv aje la. Sekarang, tv buka, tapi mata tengok handphone, huhu. Tu yang dah malas nak tolong masak.


Takpelah, janji beras dia beli! 

Siap masak, PI dah tanya, bila nak makan? Nak makan sekarang, boleh? Eh, padahal, dia jugak yang cakap, masak malam aje, hahahah. Iman pulak tak de, pergi meeting kat U. Iman pesan tinggalkan dia dua keping. Dua keping tu kira sekor la, kan, sebab ketam kerat dua. 


Ketam semua betina dan banyak telur. Telur tabur garam dan serbuk kunyit kemudian goreng dengan minyak sedikit sampai garing. Kali ni Sk leraikan telur ketam ikut mak masing-masing.


Lauk senang nak masak tapi makannya, hujan ribut dah berhenti pun kita masih kat meja makan lagi. Sk jenis makan lambat, kunyah 44 kali. Kalau ketam lagi lambat, nak gigit sepit ketam paling lemah sebab takut luka bibir. Oh, ketam ni selain banyak telur, isi pun penuh, puaslah makan. Sekeping makan dengan nasi, sekeping lagi buat ratah-ratah, hehehehe. 

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Orang tua- tua cakap kalau bulan penuh isi ketam penuh...x tau la kat mana betulnya..tapi sekarang musim ketam kan..sedap sambal ketam tu...telan ailio SA ha...sebabnya x leh makan seafood and daging dah..Sabtu ada follow up..hari tu buat sambal udang utk nasi lemak, lupa ada check up...malamnya masukkan udang galah plak dalam sambal nasi lemak yanga da balance...lagi laaa...semua sebab lupa...

    ReplyDelete
  2. Tengok SK goreng telur ketam tu rasa teringin pula. Biasanya di pasar tani Tawau ada jual telur ketam. Nak ke sana, jauhlah pulak. Jamu mata di sini sajalah.
    SK kunyah 44 kali... Alhamdulillah, wanita solehah ikut sunnah...heheheee.

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaaa sambal ketam...

    hehehe laa ni kalau PI masak, dia masak apa je? ;-)

    ReplyDelete
  4. Bagus PI, ada juga belikan bahan mentah untuk dimasak.
    Sedap tengok sambal ketam SK. Tapi saya kurang sikit makan ketam. Suami pun sama. Sebab kena buat kerja nak makan. (dasar pemalas, nak senang ngap je)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!